Shuib Akui Keluar Makan Bersama Watie, Dalam Fasa Berkawan; “Kami Dinner Bersama Anak-Anak Saya.”

Share

Usahawan dan penyampai radio, Shuib tidak menafikan dirinya kini sedang dalam fasa berkenalan seterusnya mengenal hati budi wanita yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah.

Pengakuan tersebut sekaligus mengesahkan wanita tersebut ialah invldividu yang turut sama-sama keluar makan malam dengannya bersama anak-anak di sebuah restoran mewah, baru-baru ini.

“Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita.

“Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok-sorok.

“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana,” katanya, memetik Gempak.

Ditanya sama ada Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dirinya dan anak-anak, Shuib berkata, dia meminta agar mendoakan yang baik-baik sekiranya berjodohan.

“Insya-Allah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampaknya anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia. Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik-baik.

“Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” katanya lagi.

Terdahulu, netizen menebak Shuib, 38, keluar makan malam bersama seorang individu Wanita yang didakwa sebagai Watie selepas bayang-bayang wanita itu kelihatan di cermin restoran berkenaan seterusnya mencetuskan tular di media sosial.

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.

Pada 9 Ogos 2021, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.

Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.

Selain Ayash Affan, pasangan tersebut turut dikurniakan tiga lagi anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Gempak

IKLAN