Penyanyi dan pelakon, Khai mengenang kembali zaman kegemilangan sewaktu melancarkan album sulung sebaik tamat menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) musim pertama.
Menurut Khai atau nama sebenarnya Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi, ketika itu, lagu Dambaan Pilu mencetuskan fenomena dan menjadi pilihan pendengar.
“Album pertama Dambaan Pilu. Untuk album ini ada tiga lagu aku sendiri iaitu Kisah lalu, Benarkah Dia? dan Kini Kau Tiada Lagi.
“Zaman audition AF2 pun lagu Dambaan Pilu jadi lagu pilihan. Sampai muntah korang dengar kan,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Cinta Fotokopi itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, sepanjang berada di puncak kerjaya, pelbagai pengalaman pahit dan manis yang telah mematangkan dirinya.
“Pengalaman yang tak ternilai untuk hasilkan album ini. Macam mimpi. Keluar AF terus recording kaw-kaw. Album raya, album kompilasi dan lain-lain lagi.
“Sibuk shoot tiga filem sekali dan drama berpuluh-puluh. Dalam filem pun ada beberapa lagu aku buat sendiri juga. Mana tak rabak.
“Tapi itulah momen yang best ketika itu. Macam-macam aku belajar. Ada pengalaman best dan tak best juga tapi semua itu pengalaman yang indah bagi saya,” katanya lagi.
Ads
Katanya lagi, antara individu banyak memberikan sokongan sudah tentulah kedua ibu bapanya.
“2003 umur baru nak cecah 24 tahun kan. Tapi bila tengok album aku ni, rasa sedihlah juga sebab arwah abah dan ummi yang paling excited.
“Hari-hari pasang lagu anak dia dekat kereta. Semua CD lagu aku nyanyi dia ada. Kadang-kadang tak sempat aku nak bagi, dia sudah pergi beli,” kongsinya.
Pada masa sama, isteri kepada penyanyi, Rosma ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
Ads
“Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak korang yang semua sokong aku ketika itu sampai sekarang ye.
“Ada juga sampai sekarang masih simpan album-album aku ni dan gambar-gambar di majalah gunting tampal dekat buku skrap,” akhirinya.
Untuk rekod, Khai merupakan naib juara AF1 dan pernah membintangi filem-filem seperti Cinta Fotokopi, Potret Mistik dan Sembilu 2005.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian video daripada pelakon Elisya Sandha di Tik Tok mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi video aktiviti tersebut untuk tatapan umum.
“Me and my Bunga,” tulis ringkas Elisya pada ruangan kapsyen.
Video tersebut merakamkan aksi Elisya yang berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di sebuah kawasan perumahan lalu melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang dilihat sedang lena tidur.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang kagum dengan semangat adik kepada pelakon Fasha Sandha ini yang kekal aktif bersenam meski baru dua bulan melahirkan Bunga secara pembedahan.
Usahawan kosmetik, Safiey Ilias mengakui pernah mengalami masalah kesihatan mental dan depresi sejak 5 tahun yang lalu sehingga kini.
Di samping berkongsi pengalaman kemurungan yang dialami, penyanyi lagu Syinta Gila ini memberitahu bukan satu perkara yang mudah untuk melawan penyakit ini.
“5 tahun ratu lwan sakit ni . Major Depression , anxiety, panick attack , bipolar , skefzornia , dan mcm2 lagi . Malas nk tulis . Tp semua ni adalah penyakit mental illnesses .
“Bulan ni ratu last dipantau doktor untuk pengambilan ubat , jika this month semua oke , bulan depan ratu dah xpayah bergantung dgn ubat . Ratu happy sebab akhirnya ratu dpt lwan sakit ni,” tulisnya.
Menurut Safiey, masalah kesihatan mental dan depressi tidak boleh di pandang remeh malah harus di pandang sebagai satu masalaha yang serius.
“Org ramai salah anggap . Ini adalah penyakit , penyakit perlukan ubat . Tak habis2 isu suruh mengaji dan solat . Ia dua benda berbeza . Kalau kwn awk patah tulang , awk suruh jumpa doktor bukan suruh dia solat atau mengaji .
“Mental illnesses bukan perkara main2 . Ratu bersedia dan tak segan silu nk share mcm mana nk lawan dan berhadapan dgn rakan yg ada sakit ni .
“Di tahun 2021 , mental health and illnesses dh dipandang serius oleh masyarakat dunia gitu . Sebab nya ramai dh mula terkesan lagi2 dgn pandemik yg melanda .
“Im ready to ADVOCATE , EDUCATE , DEDICATE by using my voice and stand up regarding this mental health and illnesses . Gituu . Walau grammar ratu berterabur sebab shuben ratu cakap utagha
“Oke lah . Ratu 2 hari ketiduran makan ubat tidur , so harini baru klua gua . Bukan apa , penat sgt dh bekeje dan layan komen2 nitizen , so ratu off sekejap drpd media sosial,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Safiey Ilias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azlan Typewriter berkongsi khabar duka apabila memaklumkan, bapanya, Sallehudin Che Ani, 68, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Rabu setelah hampir tiga minggu bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Memetik laporan Harian Metro, Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, berkata, bapanya itu telah meninggal dunia kira-kira jam 4.25 minit petang selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang.
Tambah menyedihkan apabila Azlan dan keluarga difahamkan tidak dapat berada di sisi arwah sebaliknya hanya melihat detik-detik akhir pemergian bapanya itu menerusi panggilan video
“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang tadi. Saat paling menyedihkan bila saya tengok Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun tak dapat berada di samping arwah, tapi pihak hospital beri kebenaran kami membuat sidang video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, penyanyi lagu, Jangan Khianati Aku ini mengakui berasa reda meskipun dia tidak berkesempatan untuk menyempurnakan jenazah bapanya itu.
Jelasnya lagi, pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad mengikut prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang sudah ditetapkan pihak kerajaan.
“Dalam keadaan sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT. Saya akur apabila tak boleh uruskan jenazah bapa kerana Covid-19.
“Apabila perkara mengejutkan sebegini, kita jadi kalut kerana tidak bersedia dugaan ini datang,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Azlan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menguruskan jenazah bapanya itu.
Semalam, MH ada melaporkan mengenai perkembangan terkini bapa Azlan setakat hari Selasa.
Selain dijangkiti Covid-19, bapa kepada Azlan turut menghidap beberapa penyakit lain seperti buah pinggang dan diabetes.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.