Shima Anuar Kongsi Foto Aqiqah Anak, Sedondon Hijau & Serba Ringkas

Share

Pelakon Shima Anuar menerusi laman Instagram berkongsi detik istimewa sempena majlis aqiqah anaknya, Mikhael Imaan Bin Mohd Solih yang dilahirkan pada 8 Ogos lalu.

Sedondon menggayakan pakaian berona hijau , majlis diadakan dengan penuh sederhana dan dihadiri keluarga dan teman rapat.

 

Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha yang juga duda kepada dua orang cahaya mata pada 8 April 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

Foto : Instagram Shima Anuar

IKLAN