Shila Amzah Lebihkan Persiapan Syawal Anak – “Selepas Raya, Saya Rancang Bercuti Dengan Anak Sebelum Kembali Bekerja.”

Share

Penyanyi Shila Amzah mengakui teruja menyambut sambutan Syawal kali ini bersama keluarga serta anak tunggalnya, Seth Uwais.

Sudah menyiapkan persiapan raya lebih awal untuk anak tunggalnya itu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 32, meraikan Aidilfitri di sekitar Lembah Klang bersama keluarga tersayang.

“Persiapan untuk anak semua saya dah selesaikan awal. Untuk diri sendiri, saja saya buat pada saat akhir. Saya rasa lagi best sambut raya bila dah single. Saya lega sebab semuanya dah selesai.

“Saya pun akan beraya di rumah sendiri di Cyberjaya dan tidak perlu pening untuk pulang ke mana dahulu. Selepas raya ini juga saya merancang untuk bercuti dengan anak sebelum kembali bekerja,” katanya.

Sekadar info, Shila berkahwin dengan Haris Edraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, berkongsi perkembangan terkininya, Shila berkata, selain single kolaborasi istimewa bersama SOG berjudul Seikhlas Hati, dia turut  merancang untuk tampil dengan lagu baharu.

“Insya-Allah, saya rancang untuk tampil dengan single Jauh Hati selepas raya dan mengadakan konsert sekitar Julai depan,” katanya lagi

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN