Shermine Minta Jangan Cabar Seorang Ibu Berjuang Demi Anak-Anak – “Ada Duit Ada Penyondol.”

Share

Pempengaruh media sosial, Shermine Ah Moi meminta supaya tidak sesekali mencabar wanita yang sedang mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.

Shermine atau lebih dikenali sebagai Ah Moi, berkongsi kenyataan tersebut menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Facebook miliknya.

“Mungkin kebanyak (kebanyakan) laki (lelaki) rasa Ah Moi buat viral macam ni memang giler betul.

“Tapi janganlah challenge (cabar) satu (seorang) ibu demi (berjuang) anak-anak dia.

“Usahawan dan influencer yang famous di luar sekarang, jaga-jaga perangai korang eh.

“Ada duit ada penyondol je, kalau apa pun takde. Apa lagi,” tulisnya.

Terdahulu, nama suaminya yang juga usahawan dan pempengaruh media sosial, View Chin hangat diperkatakan netizen selepas Shermine mendakwa bahawa lelaki berkenaan berlaku curang dengan pekerja sendiri, dikenali sebagai Mira.

Malah, Ah Moi turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya, sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN