Sheila Rusly Ingat ‘Pegang’ Pesan Arwah Ayah Mertua – “Isteri Ibarat Buah Mangga…”

Share

Tidak dinafikan, kehilangan insan yang tersayang dalam hidup bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui dalam kehidupan.

Pengacara dan penerbit, Sheila Rusly misalnya tetap mengingati pesanan arwah bapa suaminya, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo mengenai hal berkaitan rumah tangga.

Terdahulu difahamkan, arwah bapa mertua Sheila telah meninggal dunia Sabtu lalu.

“Isteri ibarat buah Mangga. Dipegang-pegang Dipicit-picit. Dicium-cium Bila dah lembik dah lebam jangan tinggal.

“Sebab mangga tetap bergetah. Itu pesan arwah Ayah pada Tok Sidang,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat menitipkan ucapan takziah kepada Sheila sekeluarga.

Foto: Instagram Sheila Rusly

IKLAN