Shawn Lee ‘Payung’ Foto Cacah Tatu Di Bahagian Muka, Ramai Yang…

Share

Satu posting terkini penyanyi dan YouTuber yang sinonim dengan ‘beatbox’, Shawn Lee di Instagram mendapat perhatian peminat.

Semuanya gara-gara paparan foto wajahnya yang seperti sudah dicacah tatu di bahagian kelopak serta bawah matanya.

Lalu, perkongsian dari bintang berkenaan mendapat reaksi pelbagai netizen. Malah ada juga yang meragui keaslian cacahan tatu berkenaan.

Bagaimanapun dari hasil tinjauan menerusi Insta Stories milik Shawn, ia hanyalah aplikasi suntingan wajah.

Shawn sebelum ini turut memiliki beberapa cacahan tatu di kedua-dua bahagian lengannya.

Foto: Instagram Shawn Lee

IKLAN