Sharifah Aryana Kongsi Gambar Raya Bertiga, Beri Nama Anak Amin

Share

Selepas lebih tiga minggu selamat bersalin, pelakon Sharifah Aryana akhirnya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya iaitu Amin.

Berkongsikan gambar sambutan Syawal di laman Instagram miliknya, Aryana atau nama sebenar, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Alyahya, 28, tampil sedondon dengan busana raya berona kelabu.

“Selamat Hari Raya from Jad, Amin and I.

“Raya pertama untuk Amin dan raya pertama kami bertiga,” tulis Yana menerusi ruangan kapsyen.

Aryana yang merupakan adik kepada Sharifah Amani selamat melahirkan anak sulungnya itu pada 7 April lalu.

Untuk info, Aryana mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada 15 Januari 2021.

Aryana mula bertapak dalam bidang seni selepas membintangi filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Mukhsin yang diterbitkan pada tahun 2007.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN