Shanghai Sedia Bilik Menunggu Untuk Suami Ketika Isteri Shopping

Share

Baru-baru ini salah sebuah pusat beli-belah di Shanghai, China telah melancarkan bilik menunggu buat para suami sementara isteri mereka shopping.

Bilik menunggu ini dilihat sangat menyeronokkan kerana di dalamnya terdapat kerusi urut, konsol permainan komputer dan TV. Namun dikatakan ianya akan dikenakan caj bagi tempoh tertentu.

Penyelenggara, Zhou Jun berkata, selalunya kaum lelaki akan berasa bosan menunggu isteri masing-masing jadi mereka menyediakan bilik ini untuk para suami berehat.

“Lelaki lazimnya bosan apabila beli-belah dengan pasangan mereka, justeru kami menyediakan satu tempat untuk berehat sambil mereka boleh bermain permainan dan caj telefon bimbit mereka di sini,” kata Zhou Jun.

Zhou Jun berkata lagi, caj yang dikenakan untuk setengah jam adalah 20 yuan bersamaan RM13 dan bagi tempoh satu jam pula caj yang dikenakan adalah 30 yuan iaitu bersamaan RM19.

Menurut sumber, sejak bilik ini dilancarkan ianya mendapat sambutan yang baik daripada kaum lelaki malah kaum wanita juga menyambut baik idea ini.

Wah memang seronok lah para suami lepas ni dapat berehat sambil menanti isteri habis membeli-belah. Si isteri pun dah tak perlu bimbang lagi suami bosan kerana terpaksa ikut shopping.

Sumber: The Paper

IKLAN