Memasuki musim yang keenam, Gegar Vaganza 6 (GV6) akhirnya sudah pun didedahkan dalam satu sidang media khas di The Gardens Theatre, The Gardens Mall awal tadi.
Menepati ramalan, dua bintang senior Wann dan Sham Visa terpilih menyertai program realiti itu untuk musim terbaru.
Penyertaan dua penyanyi tersebut sekaligus melenyapkan spekulasi apabila nama mereka sering disebut-sebut menjadi peserta program popular itu kali ini.
Selain mereka, nah kami senaraikan 11 peserta lainnya.
Diperkenalkan pada 2014, GV mempertaruhkan barisan penyanyi profesional dan berpengalaman bersaing merebut gelaran juara.
Musim pertama program itu menobatkan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Aishah (musim keempat) dan Norynn Aziz sebagai juara terkini.
Sementara Jihan Muse dan Nabil Ahmad kekal sebagai hos program dan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri profesional.
GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorim Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9.00 malam.
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian di Insta Story Noor Nabila mengundang tanda tanya ramai.
Meski tidak menyatakan ia secara terperinci, namun ramai yang membuat spekulasi ia mungkin melibatkan hal rumah tangganya yang sedang bergolak ketika ini.
Tulisnya, “ia bukan soal duit, ianya mengenai tanggungjawab,” diikuti dengan poll sama ada netizen bersetuju atau tidak dengan kenyataan tersebut.
Difahamkan, menerusi prosiding di mahkamah sebelum ini, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina.
Pasangan ini mula tinggal berasingan sejak Februari 2018.
Foto : Instagram Noor Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja melancarkan dua pek koleksi terhad Unicorn Edition di bawah payung Wawa Cosmetics, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan mereka sudah mencapai status jutawan seperti yang diperkatakan ramai pihak.
Bagaimanapun, baik Aeril dan Wawa, apa yang dikecapinya kini bukanlah suatu hal yang mudah apatah lagi keduanya mulai aktif berniaga kira-kira lebih tiga tahun lalu.
Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis pelancaran koleksi barunya itu di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Isnin.
“Wawa Cosmetics, Unicorn Editon didatangkan secara terhad dan ia hadir menerusi dua set iaitu Fantasy dan Dream.
“Kami difahamkan, pada hari pertama pelancaran, ia lebih 20,000 unit sudah terjual, alhamdulillah. Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan para stokis yang setia dengan kami.
“Meski ‘senyap’ dari mengeluarkan sebarang produk kira-kira dua bulan lalu, namun mereka tetap memberikan sokongan dan ini merupakan salah satu kejayaan team Wawa Cosmetics sendiri memandang ketika belum pun dilancarkan secara rasmi, ia sudah pun terjual,” kata Wawa kepada MH.
Ditanya mengenai status jutawan sebagaimana yang menjadi buah mulut para peminat pula, Aeril dan Wawa mempunyai jawapan sendiri.
“Kalau kami dikata jutawan, bagi saya itu rezeki dan alhamdulillah. Kita tidak menafikan memang sudah mencapai sasaran. Akan tetapi kami sendiri pun ada target sendiri. Sekarang ini, rasanya sudah tiba masa untuk kami bantu orang lain, kongsikan rezeki.
“Jujurnya timbul perasaan puas apabila dapat membantu orang lain, misalnya kami telah lahirkan dua jutawan bersama Wawa Cosmetics. Masing-masing mencapai sasaran jualan sekitar RM2 juta dan RM1 juta.
“Setakat ini mempunyai enam orang ‘leader’ dan dua daripadanya sudah bergelar jutawan. Sasaran kami selepas ini adalah untuk menjadikan empat dari lainnya akan mencapai status sama, insyaAllah,” jelas suami isteri ini.
Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa juga turut menanam impian untuk mempunyai wisma sendiri bagi memudahkan sistem logistik.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.