Pelakon Emma Maembong dan suami, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk anak keduanya yang dilahirkan pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram anak sulungnya, Shariq Gabriel, 2, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Konsert Satu Suara Vol.3 yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada malam Sabtu ternyata meninggalkan 1001 kepuasan buat 4,000 peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selain Siti, konsert amal itu turut dijayakan dua penyanyi yang datang dari era berbeza iaitu vokalis kumpulan Carefree, Jay Jay dan Ernie Zakri.
Usai ditemui sebaik selepas menjayakan persembahan, Siti berkata dia sangat terharu dengan sambutan yang diberikan malah berterima kasih kepada semua pihak yang membeli tiket sekaligus memberikan sumbangan bagi meneruskan kerja kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diasaskan olehnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Alhamdulillah apa yang digambarkan saya untuk konsert ini akhirnya dapat diterjemahkan dengan baik.
“Bukan sahaja daripada segi pemilihan penyanyi malah pemuzik pun kita titikberatkan agar dapat memberikan yang terbaik untuk konsert amal ini.
“Kalau tengok, memang ada banyak visual (video) mengenai aktiviti yayasan, sebab saya nnak orang tahu yang konsert ini bertujuan untuk mengumpul dana dan saya sangat berterima kasih termasuk kepada syarikat korporat yang turut sama menyumbang,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai jualan tiket yang dikatakan agak perlahan, Siti menjelaskan dia sedia maklum mengenai hal itu namun percaya ia bakal sold out menjelang konsert tersebut.
“Saya memang dah agak sebenarnya sebab saya faham juga ramai yang masih beraya, buat persiapan untuk raya.
“Tapi saya percaya tiket last minit orang akan beli juga dan memang terbukti pun. Alhamdulillah full house untuk malam ini.
“Kita pun ada kelebihan abang Jay Jay malam ini, kita dapat tengok legend perform.. (aura) legend ni lain sikit.
“Selain Ernie yang memang kita tahu kekuatan vokal dia serta mempunyai kelompok peminat yang ramai,” kata Siti lagi.
Dalam konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, pelbagai seleksi lagu dipersembahkan oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut antaranya Jay Jay mengimbau semula kenangan dengan lagu-lagu popular Carefree seperti Belaian Jiwa, Dendangan Laguku dan Rindu Bayangan yang membuatkan satu arena gempita dengan nyanyian ‘sing along’ daripada penonton.
Ernie pula mempamerkan kemantapan vokal dengan lagu-lagu hitnya seperti Boneka, Ku Bersuara dan Korban.
Menariknya, menerusi konsert ini, Siti secara eksklusif buat pertama kalinya menyanyikan single terbaharunya berjudul, Sehebat Matahari.
Lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Rozi Razak itu akan dikepilkan dalam album terbaharunya yang bakal diluncurkan pada hujung tahun ini.
Selain Sehebat Matahari, Siti turut mendendangkan lagu Kesilapanku Keegooanmu, Wajah Kekasih serta Siti Situ Sana Sini.
Menutup tirai konsert, ketiga-tiga mereka kemudian bergabung menghadiahkan peminat dengan alunan lagu raya, Hari Raya Bahagia dan Nazam Lebaran.
Konsert Satu Suara Vol. 3 ini dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Alif Satar akui tersentuh saat menerima hadiah dan membaca surat yang telah dititipkan oleh anak-anaknya.
Dalam nukilan tersebut, kedua-dua anak perempuannya menyifatkan mereka amat bertuah kerana dikurniakan bapa seperti Alif.
Lantaran itu, mereka berharap agar pemberian tersebut akan sentiasa mengingatkan Alif terhadap orang-orang yang disayanginya.
“Dear daddy, ini adalah hadiah daripada Alisha dan Ariana. Kami harap pemberian ini akan sentiasa mengingatkan daddy ketika saat orang-orang yang daddy sayangi masih hidup.
“Tapi kami tahu daddy akan tetap berjumpa dengan mereka semua di syurga kelak. Kami nak daddy tahu yang daddy merupakan bapa terbaik seseorang itu boleh memiliki. Sayang daripada Alisha Anugerah dan Ariana Mecca,” tulis anak-anak perempuannya.
Jelas Alif, air matanya juga mengalir saat menerima kejutan dan membaca surat tersebut.
“Ini yang mereka tulis. Berenang empat kilometer dekat laut aku gagah lagi tapi ni barang boleh buat nangis empat lautan bro. Bersyukur sangat,” tulisnya Alif di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama tersentuh selain turut mendoakan semoga Alif dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Luluh segala penat lelah. Alhamdulillah, wonderful girl.
“I pula nak nangis. Your kids are so precious.
“Alaa mata auto masuk air. Alhamdulillah dikurniakan anak yang bijak dan solehah.
“Depa sweet macam pak depa la.
“MasyaAllah, memang anugerah terindah,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Alif dan isterinya, Shadila Hakif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 September 2014.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Latihan persediaan sebelum memulakan penggambaran sememangnya akan memudahkan barisan pelakon untuk menghayati watak selain turut akan melancarkan segala urusan.
Malah, para pelakon juga boleh bersedia untuk menunjukkan kualiti lakonan terbaik ketika penggambaran berlangsung.
Ketika ini, pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo sedang giat menjalankan latihan boxing buat barisan pelakon sebelum memulakan penggambaran bagi drama terbaru yang berjudul, Aku Hanim.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram, salah seorang pelakon bagi drama tersebut, Jazmy Juma dilihat mengamuk ketika menjalani latihan boxing bersama jurulatih.
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tidak menyangka lagu ciptaannya berjudul Kesuma nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mencetuskan fenomena, terutamanya selepas kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung Januari lalu.