Keputusan anggota kumpulan UBI, Namie untuk meninggalkan kerjaya guru demi meneruskan minat sebagai anak seni nyata mendapat respon pelbagai daripada warganet.
Antara yang turut sama berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah pelawak, Shahrol Shiro.
Menurut Shahrol, keputusan yang dibuat oleh Namie itu mengingatkannya kembali sewatu dia membuat keputusan melepaskan kerjayanya sebagai salah seorang pegawai di Jabatan Imigresen pada 2013.
Katanya lagi, setiap individu itu berhak untuk menentukan jalan hidup mereka sendiri.
“Sedang membaca artikel mengenai pendatang baru dalam industri komedi saudara Namie @namiesmy dari kumpulan UBI yang baru menjuarai MLS3 semalam.
“Tiba-tiba terlihat gambar lama di tepi meja sewaktu saya berkhidmat sebagai penjawat awam suatu ketika dahulu.
Ads
“Jalan yang sama dan saya telah sampai ke persimpangan itu dahulu. Antara kerjaya yang menjamin masa depan atau minat yang mungkin menjadi kerjaya tetapi tidak menjamin masa depan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Ustaz Mu Tunggu Aku Datang itu menerusi sebuah entri di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun ia bukan keputusan yang mudah, namun, dia tidak mahu hidupnya dihantui penyesalan
Ads
“Bukan mudah berada di persimpangan tersebut, ada suara yang menyokong dan ada yang membantah tetapi stereng itu ditangan kamu. Boleh kamu terus, belok ke kiri, ke kanan atau patah balik ke belakang.
“Bak kata sahabat saya, setiap orang pasti punya mimpi dan cita-cita. Sekuat apa pun kita cuba bunuh mimpi dan cita-cita kita, ianya tidak akan mati tetapi akan bangkit di usia tua dalam bentuk penyesalan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shahrol juga memberikan kata-kata seman selain turut mendoakan agar Namie akan terus sukses lagi selepas ini.
Ads
“Hidup ini tak lama, biar sampai kita menutup mata pastikan tidak ada apa yg kita sesalkan. Do what we love and Love what we do.
“Saya doakan beliau terus berjaya dalam apa jua yg ingin beliau kerjakan. Yang paling utama restu kedua ibu bapa dan jangan sesekali lupa pada yg maha esa. ‘Percaya Diri, Percaya Mimpi dan percaya Proses’,” akhirinya.
Semalam, Namie mengumumkan dirinya telah secara rasmi berhenti menjadi guru muzik dia sebuah sekolah kerajaan di Negeri Sembilan.
Namie yang menganggotai kumpulan UBI telah dinobatkan selaku juara Muzikal Lawak Superstar 3 dengan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,00 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Elizabeth Tan menegaskan bakal membuat laporan polis gara-gara menerima ugutan daripada seorang wanita yang didakwa mahu menyimbah asid ke wajahnya.
Menerusi Insta Story penyanyi Police Entri ini, wanita tersebut telah menghantar mesej meminta pembantunya agar menyekat teman lelakinya daripada terus mengakses laman sosial Elizabeth Tan.
Walau bagaimanapun, jelas Lizzy, disebabkan lelaki tersebut didakwa masih boleh meninggalkan komen, wanita berkenaan menghantar mesej berbaur ugutan sehingga boleh mengancam keselamatannya.
“Apa orang membuat ugutan mahu menyimbah asid ke muka saya.
“Ada seorang peminat lelaki yang sering meninggalkan komen di setiap gambar di laman sosial. Itu normal tetapi masalahnya, teman wanita dia psiko.
“Wanita itu menghantar mesej peribadi kepada pembantu saya dan mempersoalkan sama ada saya ada hubungan dengan teman lelakinya. Dan dia telah meminta untuk menyekat Instagram teman lelakinya. Pembantu saya telah melakukannya.
“Namun selepas itu, dia telah menghantar mesej lagi dan menanyakan soalan, mengapa kekasihnya masih boleh meninggalkan komen andai telah disekat.
“Semuanya tidak masuk akal. Dia meminta saya untuk menyekat Instagram teman lelakinya, jika tidak dia akan menyimbah asid di muka saya. Saya akan buat laporan polis,” katanya menerusi vlog yang dikongsikan di laman Instagram.
Rata-rata netizen menyarankan agar penyanyi ini segera membuat laporan polis dan menjaga keselamatan.
Menerusi vlog yang dimuat naik, Lizzy turut berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang hari termasuk merakamkan lagu untuk single terbaru tidak lama lagi.
Foto : Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar kesihatan Fiza serta anaknya kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Sekadar infomasi, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ferra Aryana, 12 dan Feyya Adyra, 11.
Dia seterusnya berkahwin dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam pada September 2013 namun, tujuh bulan kemudian mereka bercerai.
Tiga bulan selepas itu, pasangan ini rujuk sebelum bercerai sekali lagi, setahun kemudian.
Selepas itu, Fiza diijabkabul dengan juruterbang syarikat penerbangan Malindo, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Fiza Halim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota kumpulan Dolla iaitu Angel mendedahkan dia dan pelakon, Amir Ahnaf tidak lebih daripada sekadar rakan artis yang turut hadir menyaksikan konsert sulung mereka, Re:Birth The Experience di Zepp, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Angel berkata, dia terbuka sekiranya ada rakan seperjuangan yang ingin sama-sama menyaksikan konsert skala besar pertama mereka.
“Saya dan Amir hanya kawan, tak lebih daripada itu. Ya, memang dia ada bertanya sama ada boleh hadir ke konsert tersebut atau tidak. Jadi sebagai kawan, sudah tentu saya tidak keberatan untuk mengajaknya.
“Saya jemput Amir untuk menyaksikan konsert Dolla secara peribadi. Pada malam itu, dia datang bersamapelakon Haziq Dean. Dia bukan datang seorang.
“Selain Amir, kami juga ada menjemput ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat untuk sama-sama menjadi saksi kejayaan konsert sulung ini.
Angel turut menjelaskan, dia sudah mengenali Amir hampir setahun selepas sama-sama terlibat di dalam sebuah acara.
“Baru saja kenal… Kami sama-sama merakamkan video promosi untuk karnival jualan hari raya yang turut disertai Tabby dan Sabronzo.
“Sejak itu, hubungan kami mula akrab dan dalam masa sama saya juga berkawan dengan barisan pelakon drama Projek High Council yang lain,” katanya lagi.
Terdahulu kehadiran pelakon filem Pendekar Awang itu ke konsert sulung Dolla mengundang spekulasi warganet mengenai sejauh mana hubungannya dengan Angel.
Pada malam konsert itu, Amir difahamkan baru saja selesai menjadi model untuk satu acara pertunjukan fesyen di ibu kota sebelum bergegas ke konsert tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi lagu terkenal Casablanca, Naufal Azrin, 25, berkongsi khabar gembira apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Fatin Farhanah Fauzi.
Majlis tersebut dipercayai telah berlangsung...