Pelakon filem aksi Polis Evo, Shaheizy Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abd Samad tekejut berhubungan dengan satu notis kebankrapan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap dirinya 26 Mei lalu.

 

Dia amat terkejut dan tidak tahu mengenai dengan notis tersebut. Dia juga cuba mendapatkan penjelasan dari agen cukai berhubungan perkara tersebut.

Shaheizy Sam Diisytihar Bankrap?

IKLAN

“I’m not aware of this. No one from LHDN came to me and no notice from them and my tax agent.

 

“Even my tax agent [dok] naik turun LHDN these past few months.

 


“Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter [notis anggaran berapa bayaran harus dibayar tahun ini] and still takde mention all this,” katanya. 

Tambah Sam, agennya juga sedang menghubungi LHDN untuk menjelaskan perkara terbabit.

Menurut Sam lagi, satu notis telah dikeluarkan kepadanya melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.

Alamat terakhir penghutang penghakiman iaitu M-11 Mahogany Villas, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, dimana alamat perintah Mahkamah tersebut menyampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan ke Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam.

IKLAN

Notis Kebankrapan tersebut ke atasnya tujuh hari selepas tarikh akhir perbualan penampalan-penampalan dan pengiklanan tersebut di sebuah akhbar Bahasa Malaysia.


Notis itu turut menyebut ianya boleh diperiksa olehnya dengan permohonan kepada Mahkamah ini.

IKLAN

Terkini, Sam sedang sibuk menjalani pengambaraan Polis Evo sekuel kedua bersama pelakon cantik dari seberang, Raline Shah.

Shaheizy Sam Diisytihar Bankrap?

Sumber : Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI