Semalam, hero Bollywood nombor satu dunia, Datuk Shah Rukh Khan ada berkongsi gambar selfienya melalui instagram miliknya dengan kapsyen “And I refrained from smoking even though the area sanctioned it! For a break in LA.”

Shah Rukh Khan Tahan Diri Daripada Merokok Di LA

Apa yang paling menarik, Shah Rukh Khan yang merupakan perokok tegar telah berjaya menahan diri daripada merokok diLos Angeles walaupun tempat yang dikunjunginya itu membenarkan dirinya untuk merokok.

Rata-rata pengikut Shah Rukh Khan di akaun Instagramnya itu telah meninggalkan komen yangpositif di ruangan komen gambar tersebut.

Krunzz24: Please don’t smoke we all love you a lot !!!!

shezam24: Here’s to your good health

shah_mera_payar: Happy for that

IKLAN

iam_najeebsarwar:You’re an inspiration

Terbaru, Shah Rukh Khan kini sibuk dengan promosi filemnya yang akan datang Jab Harry Met Sejal bersama pelakon cantik Bollywood, Anushka Sharma.

Shah Rukh Khan Tahan Diri Daripada Merokok Di LA

Filem ini akan menjadi filem ketiga Shah Rukh Khan bergandingan dengan Anushka Sharma. Anushka Sharma memulakan kariernya melalui filem  Rab Ne Bana Di Jodi bersama Shah Rukh Khan dan filem itu telah mengangkat namanya sebagai pelakon hebat.

IKLAN

Keserasian mereka di layar perak juga menjadikan setiap filem dilakonkan bersama tampak romantis dan menyebabkan pasangan ini digemari ramai.

Filem Jab Harry Met Sejal mengisahkan cinta, kehidupan dan fantasi, menyentuh mengenai perjalanan Harry dan Sejal di seluruh Eropah. Pencarian cincin pertunangan Sejal membuat Harry memahami cinta dan hubungan yang lebih baik.

Salah satu babak yang cukup sinonim dalam filem Bollywood adalah tarian dan nyanyian. Oleh itu, filem ini akan mempersembahkan beberapa muzik video yang mempersembahkan budaya india seperti Radha, Beech Beech Mein, Safar dan Butterfly.

IKLAN

Filem komedi romantik, diarahkan oleh Imtiaz Ali, dan akan mula ditayangkan pada 4 Ogos di seluruh panggung wayang di bawah syarikat Red Chillies Entertainment.

 

Sumber : The Indian Express

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI