“Setiap Yang Hidup Pasti Mati,” – Bapa Mertua Adam Corrie Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Share

Bapa mertua kepada pelakon, Adam Corrie dimaklumkan sudah meninggal dunia, sekitar jam 6.20 petang semalam.

Berita sedih itu dikongsikan pelakon berkenaan menerusi Instagram, awal petang semalam.

“Setiap yang hidup pasti mati. Abah (bapa Mertua) Saya telah menghembus nafas terakhir pada Hari ini pada pukul 6:20ptg ni.

“Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikutnya turut memberikan ucapan takziah dan Al-Fatihah atas pemergian arwah ke rahmatullah.

Menerusi posting terdahulu, bintang ini turut memaklumkan arwah bapa mertuanya itu sudah pun menerina rawatan dialisis lebih tujuh tahun lalu.

Kongsinya lagi, mendiang bapanya juga sudah meninggal dunia sekitar sembilan tahun lalu akibat kanser hidung.

Foto: Instagram Adam Corrie

IKLAN