“Setiap Produk Haruslah Berkualiti, Bukan Syok Sendiri,” – Lagu Peluang Kedua Capai Hasil Sehingga RM400k, Nabila Razali Raih 2X Anugerah Platinium

Share

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui berasa amat bersyukur selepas lagu Peluang Kedua nyanyianya berjaya meraih dua kali Platinum Award.

Menurut Nabila, dia menganggap penganugerahan tersebut sebagai pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelahnya dalam mempromosikan lagu disifatkan amat berbaloi.

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik Bella buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini. Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan.

“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Nabila turut berpendapat, antara faktor yang mendorong kepada kejayaan tersebut adalah hasil daripada kebijaksanaan pencipta lagu itu sendiri iaitu Heal Husaini dan MFMF kerana meghasilkan karya yang sangat berkualiti.

Katanya lagi, sebagai seorang penyanyi, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu akan dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.

“Bagi saya, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut.

“Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” jelasnya lagi.

Lagu Peluang Kedua telah pun berjaya memenuhi kritiria untuk meraih pengiktirafan 2x Platinium selepas berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000. Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000 terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Nabila memaklumkan dirinya bakal menerbitkan single terbarunya dalam masa terdekat.

IKLAN