“Setiap Pekerjaan Ada Cabaran,”- Akui Sukar Pam Susu Saat Bertugas Sebagai Guru, Tasha Manshahar Tetap Syukuri Nikmat

Share

Pernah terlibat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi tidak berapa lama dulu, Tasha Manshahar membuat keputusan untuk mengundur diri dari kerjaya sedemikian beberapa tahun lalu.

Lebih fokus dalam bidang pendidikan sebagai profesion guru, Tasha akui tugas tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.

“There are times saya mengeluh penatnya jadi cikgu. Penatlah mengajar. Penatlah handle budak nakal. Penatlah tanda buku. Penatlah buat ringkasan. Kena pam susu in between classes lagi. Penatlah.

“But bila fikir balik, it’s not only me yang penat. Semua org penat. Setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri. Even yg full time housewife lagi penat! Semua orang penat. Bezanya kita syukur atau tak je dengan nikmat penat tu,” kongsinya.

Tasha sebelum ini memulakan kerjaya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Melaka pada Jun 2016.

“Dulu sebelum posting, I was really afraid of sekolah mana yg saya akan posting. Melaka BUKAN negeri pilihan saya. Also I didnt expect yang saya akan dihantar bertugas di Sekolah Rendah Arab. But indeed, Allah is the best planner.

“Banyak sangat hikmah. Sekolah saya kecil, tepi sawah. Nampak macam biasa tapi sebenarnya luarbiasa. Kawan-kawan sekolah sporting, happening. Barisan pentadbir hebat. Staff-staff sokongan baik. Saling membantu, saling memerlukan, saling memajukan. Alhamdulillah untuk nikmat dikelilingi orang-orang yang baik. I’m proud that I’m a teacher.

“Video ni masa jalan kaki dengan kawan-kawan cikgu dari sekolah nak ke checkpoint jaga murid merentas desa pagi tadi. Bakar kalori sikit,” tulisnya.

Untuk rekod, pemilik nama penuh Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkahwin dengan Raqib Majid yang juga penyanyi dan komposer pada September 2018.

Pasangan ini kemudian dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.

Foto:Instagram Tasha Manshahar

IKLAN