Ads

“Setelah Tabung Travel Cukup…”- Sejurus Harungi Ujian, Shera Aiyob Akhirnya Dapat Bercuti Di Korea Selatan

Pelakon, Shera Aiyob ada berkongsi rasa menerusi entri bergamar yang dimuat naik buat peminat di akaun Instagram miliknya.

Pemilik nama lengkap, Nur Syahirah Aiyob ini berkongsi foto bercuti di Korea Selatan yang turut disertai suami dan anaknya.

Menariknya, bintang filem Karak ini akui ada mengumpul wang untuk bercuti ke luar negara dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

“071019 Setelah lama tak travel sama. Setelah banyak ujian menimpa. Setelah tabung travel cukup untuk ke Korea sahaja.

“Last kitorang travel together pergi Singapore kalau tak silap. Itu pun entah berapa tahun lepas.

Ads

“Kalau ikutkan aku and Tisha, list tempat nak pergi punya banyak. But yeah, mampu buat list je dulu. Tabung belum penuh-penuh. Memanjang bocor.

“Takpe, kita terjah Korea dulu okay! Saranghae!#memasingmukataktidursehariankecualianaqi,” tulisnya.

Ads

Malah, rakan pelakon Beto Kusyairy dan isteri juga dilihat bersama-sama mengikuti percutian pasangan pelakon ini.

Ads

Untuk rekod, Shera telah mendirikan rumah tangga bersama Zahiril pada 20 Disember 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nadi Anaqi, 6 tahun.

Foto: Instagram Syera Aiyob, Zahiril Adzim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.