Sitkom popular, Puteri yang disiarkan menerusi saluran TV3 suatu ketika dahulu sememangnya popular dan pernah menjadi satu fenomena industri hiburan, sebelum ini.

Terbaru, pelakon Nora Danish memaklumkan khabar gembira apabila sitkom berkenaan bakal kembali menemui penonton di kaca televisyen, Syawal nanti.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Nora dilihat sedang menjalani penggambaran bersama bintang asal naskhah terbabit, iaitu Beego dan Kanchana Devi.

“Setelah Lebih 15 Tahun Lamanya…,” – Nora Danish Teruja, Sitkom Puteri Is Back! “Setelah Lebih 15 Tahun Lamanya…,” – Nora Danish Teruja, Sitkom Puteri Is Back!

“Finally we are back #PuteriReunion 2022! Setelah lebih 15 tahun lamanya. InsyaAllah siri Puteri akan bertemu anda pada 1 Syawal, 3hb Mei 2022 di TV3. Puteri Reunion,” tulisnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danish Nora (@noradanish)

“Setelah Lebih 15 Tahun Lamanya…,” – Nora Danish Teruja, Sitkom Puteri Is Back! “Setelah Lebih 15 Tahun Lamanya…,” – Nora Danish Teruja, Sitkom Puteri Is Back!

Imbas kembali, siri komedi Puteri pernah ditayangkan selama sembilan musim dan telah mula bersiaran di kaca televisyen, sekitar tahun 2005.

IKLAN

Untuk siri terbaharu ini pula, drama sitkom ini telah diberi nafas baru tampil dengan tajuk ‘Puteri Reunion’.

“Setelah Lebih 15 Tahun Lamanya…,” – Nora Danish Teruja, Sitkom Puteri Is Back! “Setelah Lebih 15 Tahun Lamanya…,” – Nora Danish Teruja, Sitkom Puteri Is Back!

IKLAN

Menerusi posting sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsikan senarai pelakon lain untuk projek istimewa ini.

Foto: Instagram Nora Danish

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI