“Setelah Dapat Rentas, Baru Sekarang Dapt Bersemuka…,” – Pertama Kali Jumpa Cucu Sejak Dilahirkan, Zainol Macwilson Tersentuh Hati

Share

Pelakon senior, Zainol Macwilson teruja saat pertama kali bertemu dengan cucunya, Isaac Raees semenjak dia dilahirkan lebih kurang 10 bulan yang lalu.

Menurut Zainol, pada awalnya dia berasa sedikit bimbang sekiranya Isaac akan berasa kurang selesa dengan dirinya memandangkan ini kali pertama dia berkesempatan untuk mendakap cucunya itu.

“Allahuakbar! Ini lah kali pertama sejak cucu saya di lahirkan (10 bulan yg lalu) setelah dapat merentas negeri, baru sekarang saya dapat bersemuka dengan Isaac Raees aka Mr Dimples.

“Saya agak risau jugak sebelum tu, takut dia tak nak pada saya memandangkan yang cucu saya dah bersemuka dengan bapak tiri Zahirah di Australia dan ayah Aiman (bisan saya) di Malaysia.

Rasa gembira itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada pelakon, Zahirah Macwilson menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Zainol menzahirkan rasa lega kerana Isaac dikatakan selesa ketika berada di pangkuannya.

“Dan Isaac belum lagi bersemuka dengan saya (ayah kandung Zahirah) the “original” grandpa! Alhamdullilah, buat kali pertama, dia terus memeluk leher saya.

“Seolah-olah di dah tau siapa saya dan pada saat tu, saya rasa sebak di dada (terharu),” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut memuji telatah Isaac bersama datuknya itu.

“Tersentuh hati tengok Isaac pandai ambil hati atuk dia.

“Dia ada instinct tu dalam jiwa dia. Kasih sayang atuk dia yang tulus menusuk jiwa both of you. Alhamdulillah.

“Isaac handsome macam atuknya.

“Pertalian darah yang membuatkan dia macam tu. Lagipun Isaac ni baby yang baik hati dan peramah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Zahirah telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aiman Hakim Ridza pada tanggal 20 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang lahir pada tanggal 5 Januari lalu.

Sumber: Instagram Zainol Macwilson & Zahirah Macwilson

IKLAN