“Setelah Berkali-Kali Dipijak,” – Kian Susut & Berat Turun Hingga 30Kg, Ini Yang Vicha Lakukan!

Share

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli pada zaman remajanya.

Situasi pahit itu terpaksa dihadapi gara-gara penampilannya yang bertubuh gempal, suatu ketika dahulu. Malah jelasnya lagi, tiada lelaki yang mahu mendekati dirinya pada ketika itu.

Positif atas apa yang berlaku, pemenang tempat keempat bersama kumpulan Jborn menerusi program Maharaja Lawak Mega di samping Khir Rahman dan Ijoy bagaimanapun menyifatkan berbadan besar bukan satu kesalahan, malah ia pasti ada kelebihan tersendiri.

“Pengalaman paling teruk sewaktu zaman sekolah, tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Tiada lelaki yang mahu rapat. Dahulu pemikiran masyarakat belum terbuka lagi.

“Disebabkan itu kini saya suka berkongsi pengalaman bagaimana mahu membina keyakinan yang tinggi setelah berkali-kali dipijak.

“Cantik bukan dilihat daripada bentuk tubuh, putih atau hitam. Tidak sama sekali. Semuanya cantik, apa yang penting bagaimana kamu membawa diri.

”Namun dengan syarat, penampilan diri juga harus dijaga. Sikap dan hati juga harus dijaga. Kalau ada yang menghina, biarlah. Kena sentiasa berfikiran positif,” terang Vicha.

Mahu kekal sihat dan cuba menjadi indvidu yang lebih baik, bintang asal Indonesia ini turut akui pernah melakukan prosedur sedut lemak selain pembedahan gastrik bypass dan sekali gus berjaya mengurangkan berat badan hingga mencecah 30 kilogram.

“Saya pernah menjalani pembedahan gastrik bypass dua tahun lalu dan berjaya mengurangkan 30 kilogram berat badan.

“Saya melakukannya kerana paras gula dalam badan mencapai tahap 22, kini ia kembali normal kepada 5. Selain itu, saya juga pernah melakukan prosedur sedut lemak tapi hasilnya kurang memuaskan.

“Apa pun, nasihat saya, ia semua bergantung kepada diri sendiri dan disiplin. Harus nekad. Tidak perlu lakukan pembedahan, makan pil diet atau sebagainya. Benar ia membantu, namun semua bergantung kepada nekad,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Vicha hadir memberi semangat dan motivasi pada sesi pelancaran Mis Claire demi menunjukkan sokongannya kepada kumpulan wanita Plus Size, baru-baru ini.

Koleksi Mis Claire berkenaan didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.

Foto: Instagram Vicha Barbie

IKLAN