“Setelah Berhari Tiada Di Rumah, Perjalanan Kali Ini Terasa Sebak…,” – Ebit Lew Menangis

Share

Pendakwah bebas Ebit Lew tidak mampu menahan air mata daripada tumpah apabila dapat melepaskan kerinduan pada keluarga setelah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Jelasnya, perjalanan kali ini terasa sebak dan mengajarnya tentang kehidupan, muhasabah diri dan kerinduan.

“Setelah berhari tiada dirumah. Perjalanan kali ini terasa sebak banyak saya belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri dan rindu hadir sampai menangis teresak-esak. Rindunya bidadari. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah.

“Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.

“Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.

“Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku

“Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa-ebitlew,” kongsinya.

Terdahulu, menerusi laman Instagram miliknya, Ebit Lew dirakam ada isi masa di Penjara Kajang menghulurkan sumbangan sambil memberi kata-kata semangat buat bantuan dan petugas.

Malah, dia turut turun ke laut menaiki bot bersama Polis Gerakan Marin bagi memberi sumbangan kepada bot nelayan yang ditemui di Pulau Ketam.

Foto : Instagram Ebit Lew

IKLAN