Menjelang Hari Raya Aidilfitri soalan yang lazim ditanya tentunya mengenai ‘open house’. Kalau dilihat trend sekarang, ramai yang lebih suka buat rumah terbuka kerana lebih mudah.
Begitu juga dengan Wani, yang bakal adakan rumah terbuka khas untuk para peminatnya.
“InsyaALLAH, saya berhajat nak buat ‘open house’ khasnya untuk para peminat lah, di rumah saya di Johor. Ni nak jemput ramai-ramai untuk memeriahkan.
“Saya dah lama tak buat ‘open house’, last masa mula-mula jadi penyanyi pada 5 tahun lepas. Jadi memang berhajat sangat,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam perkembangan lain, awal tahun ini Wani muncul dengan single solo bertajuk Aku Selalu Setia.
“Selalunya saya akan berduet dengan Jussthin tapi kali ini cuba muncul solo. Alhamdulillah penerimaan peminat baik banyak komen positif.
“Selain itu, Wani juga turut jadi duta untuk Mydin dan berpeluang menyanyikan lagu raya Mydin iaitu, Girang Syawal Tiba bersama Ernie Zakri, Sissy Iman, Tajul, Haqiem Rusli dan Zoey Rahman.
“Wani sendiri sangat bersyukur dengan peluang ini sebab kali pertama dapat jadi duta, memang seronoklah,” katanya lagi.
Menjelang hari-hari terakhir sebelum berlalunya bulan Ramadan ini, Wani turut berkongsi aktiviti ramadannya.
“Kalau tiada aktiviti seni, Wani akan bantu keluaga di bazar ramadan di Johor. Itu sahaja,” kongsinya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI