Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja hubungan suami isteri antara Siti Roziana Zin atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain menjadi sebutan orang ramai gara-gara kontroversi yang melanda mereka baru-baru ini.

Dalam diam rupa-rupanya ada sumber memberitahu Ziana sebenarnya sudah failkan cerai pada 3 April yang lalu.

Melalui laporan Kosmo! Peguam Ziana, Luqman Mazlan memberitahu mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan dan tidak dibenarkan mendekati keluarga dan isterinya itu.

Setelah 20 Tahun Bersama, Akhirnya Ziana Zain Failkan Permohonan Cerai?

IKLAN

Terdahulu suami kepada penyanyi primadona Malaysia ini telah didakwa sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap salah seorang anaknya dengan menggunakan sebatang rotan.

Kejadian tersebut berlaku du rumah mereka berdua di Denai Alam antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam Februari lalu.

IKLAN

Walaubagaimanapun ramai pihak media cuba mendapatkan penjelasan daripada tuan punya badan sendiri namun Ziana hanya mendiamkan diri tentang isu ini.

IKLAN

Sementara itu kakaknya juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memberi sedikit ruang seketika memandangkan isu ini telah menjadi kes mahkamah.

SUMBER: Kosmo! Online

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI