Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Datuk Ramli MS, menjelaskan penyingkiran Freshies di konsert suku akhir malam tadi disebabkan beberapa kesilapan ketara dalam aspek harmoni.
Menurut Ramli, persembahan secara duo agak mencabar dan menuntut fokus yang tinggi demi mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh merencatkan persembahan secara keseluruhan.
“Persembahan mereka agak huru-hara. Dalam persembahan berkumpulan ini, tak boleh seorang pun buat silap. Kita ambil contoh kumpulan orkestra yang ada 70 orang. Jika seorang sahaja buat silap, 69 lagi akan ‘mati’.
“Inikan pula persembahan berdua. Bila seorang buat silap, memang ketara. Bila bahagian harmoni, bila seorang betul dan seorang lagi salah, ia tetap jadi salah.
“Kesilapan banyak terjadi pada bahagian Shima,” katanya kepada MH.
Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert suku akhir GV12 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Terdahulu, Freshies terpaksa akur apabila perjalanan mereka di GV12 tamat di minggu suku akhir.
Ads
Freshies yang membawakan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian asal duo Ratu gagal menambat hati juri seterusnya meraih markah terendah sebanyak 56.75%
Ramli Tegaskan Juri Nilai Ikut Kualiti Nyanyian
Sementara itu, suami kepada penyanyi Datin Alyah ini turut mengulas mengenai persembahan kumpulan Mendua yang berjaya meraih markah 70.50% untuk berada di kedudukan pertama.
“Harmoni Mendua tidak 100 peratus sempurna tapi penjiwaannya sangat mahal. Bila bahagian solo, penghayatan mereka sangat bagus.
“Mereka merupakan penyanyi Indonesia. Soal penjiwaan ini memang perkara biasa bagi mereka. Bila dapat lagu yang melodinya seperti itu, memang sudah jadi makanan mereka,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam masa sama, Ramli turut menyangkal dakwaan yang mengatakan sistem penjurian pada musim ini agak tegas kerana para peserta jarang mendapat markah lebih daripada 80%.
“Iskandar Ismail pernah dapat markah 84 peratus ketika tugasan duet bersama Liza Aziz. Kita tak akan bagi markah secara berlebihan.
“Kalau tahap persembahan mereka pada lingkungan markah 75%, itu sahajalah kita akan bagi. Jika para peserta bagi persembahan yang outstanding dari segi nyanyian, kita akan bagi markah tinggi.
“Markah nyanyian adalah 80%. Kalau anda bawa satu lori orang sekali pun ketika persembahan, markahnya persembahan tetap 20% sahaja.
Ads
“Kalau nyanyian mereka bagus, tak mustahil untuk capai lebih 80%. Setakat ini belum ada yang mampu lagi,” katanya lagi.
Justeru, Ramli turut percaya persaingan di konsert minggu separuh akhir bakal menjadi lebih sengit, lebih-lebih lagi untuk merebut kedudukan di pentas akhir.
“Pusingan separuh akhir ini akan jadi sengit. Saya rasa memang akan ada seorang peserta yang tersingkir. Lebih elok jika ada yang tersingkir supaya ada persaingan di final nanti.
“Sistem pemarkahan di separuh akhir tetap sama. Cuma di final nanti, para juri perlu berbincang betul-betul. Setiap kedudukan itu ada wangnya.
“Jadi, keputusan perlu dibuat dengan teliti dan tak boleh dibuat secara lebih kurang,” akhirinya.
GV12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (saluran 104). Program ini juga boleh disaksikan melalui strim On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemelut hubungan dalam keluarga selebriti terkenal dunia, David dan Victoria Beckham, kini memasuki fasa paling tegang apabila anak sulung mereka, Brooklyn Beckham, secara terbuka menyatakan pendirian bahawa dia tidak mahu berbaik semula.
Menerusi satu kenyataan panjang yang dikongsikan di media sosial, Brooklyn meluahkan rasa kecewa yang dipendam bertahun-tahun, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa hubungan dingin keluarga itu bakal pulih dalam masa terdekat. Tegasnya, keputusan tersebut dibuat demi ketenangan hidup dan kesejahteraan mentalnya sendiri.
Menurut Brooklyn, sepanjang membesar dia merasakan hidupnya sering dikawal, termasuk naratif keluarga yang dipaparkan kepada umum. Dakwanya, imej ‘keluarga sempurna’ yang sering ditonjolkan di media tidak mencerminkan realiti sebenar hubungan mereka di sebalik tabir.
“Saya tidak mahu berdamai semula dengan keluarga saya. Saya bukan dikawal oleh sesiapa, sebaliknya buat pertama kali dalam hidup, saya bangkit mempertahankan diri sendiri,” tulisnya di Intagram Story.
Lebih mengejutkan, Brooklyn turut mendakwa wujud campur tangan keluarga terhadap hubungannya bersama isteri tercinta, Nicola Peltz, sejak awal perkenalan lagi. Antaranya apabila Victoria membuat keputusan membatalkan untuk mereka baju perkahwinan buat Nicola di saat-saat akhir.
Beliau turut menyentuh mengenai bagaimana Victoria didakwa merampas tarian pertama mereka sebagai pasangan suami isteri dengan melakukan “gerakan yang tidak sesuai”, sekali gus membuatkannya berasa malu.
“Di hadapan 500 tetamu perkahwinan kami, Marc Anthony memanggil saya ke pentas, sedangkan mengikut atur cara, ketika itu sepatutnya berlangsung tarian romantik saya bersama isteri.
“Namun sebaliknya, ibu saya yang menunggu untuk menari bersama saya. Dia menari dengan cara yang sangat tidak sesuai di hadapan semua orang. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah berasa begitu tidak selesa dan terhina,” tulis Brooklyn lagi
Situasi janggal itu dikatakan berterusan sehingga selepas perkahwinan mereka pada tahun 2022, sekali gus memberi tekanan emosi yang besar kepadanya.
Dalam kenyataan sama, Brooklyn turut mengakui hubungannya dengan adik-beradik lain juga semakin renggang, malah ada yang tidak lagi berhubung di media sosial. Keadaan itu menjadikan jarak antara dirinya dan keluarga semakin sukar dirapatkan.
Brooklyn bagaimanapun menegaskan, keputusan menjauhkan diri daripada keluarganya bukan dibuat secara terburu-buru. Sebaliknya, ia lahir selepas lama memendam rasa dan mempertimbangkan kesan terhadap kehidupan peribadinya.
Setakat ini, David Beckham dan Victoria Beckham masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pendedahan anak sulung mereka itu, sekali gus membuatkan isu keluarga Beckham terus menjadi perhatian dan bualan hangat media antarabangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan pemergian tragis bekas bintang kanak-kanak Nickelodeon, Kianna Underwood, yang maut selepas terlibat dalam insiden langgar lari di Brooklyn, New York, pada Jumaat lalu.
Mangsa berusia 33 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Ford Explorer berwarna hitam ketika sedang melintas jalan di kawasan Brownsville, sekitar awal pagi.
Menurut polis New York, kejadian tidak berakhir di situ apabila Kianna dilaporkan dilanggar buat kali kedua oleh sebuah kereta sedan berwarna hitam dan kelabu ketika mangsa terbaring di atas jalan.
Kedua-dua pemandu terbabit bagaimanapun tidak berhenti untuk menghulurkan bantuan sebaliknya bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.
Pihak berkuasa mengesahkan kes itu kini disiasat sebagai kes langgar lari dan sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dilakukan. Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
Kianna pernah dikenali sebagai antara wajah muda berbakat dalam industri hiburan Amerika Syarikat, khususnya menerusi penampilannya dalam rancangan komedi sketsa popular Nickelodeon, All That, pada tahun 2005.
Beliau juga mengisi suara watak Fuchsia Glover dalam siri animasi kanak-kanak Little Bill yang disiarkan dari 1999 hingga 2004. Selain itu Kiana juga pernah mencipta nama di pentas teater apabila terlibat dalam jelajah kebangsaan muzikal Hairspray, membawakan watak Little Inez.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ben Amir akhirnya merungkai teka-teki yang menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini apabila mengesahkan dirinya telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Liana Alara.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ben menerusi sebuah hantaran di Instagram pada petang Sabtu.
Bagaimanapun, pelakon filem Gantung: Musketeer Code ini tidak memperincikan secara jelas tarikh sebenar majlis pernikahan tersebut berlangsung.
“Alhamdulilah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada December 2025,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Ben turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan ucapan baik buat dirinya dan isteri.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran tersebut, Ben turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama isteri ketika majlis pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Liana Alara merupakan wanita asal Filipina yang difahamkan telah memeluk agama Islam pada November lalu.
Terdahulu, nama Ben dan Liana menjadi tumpuan ramai sejak beberapa hari lalu selepas mereka berkongsi foto-foto mengenakan persalinan sedondon berwarna putih.
Pelakon, Amyza Aznan kini sedang merancang untuk menghantar anak keduanya, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta terbaik.