“Rasa Macam Baru Lepas (Kahwin), Padahai 4 Orang Duk Tunggu Tengok Kat Depan,” – MUA Bellaz

Share

Perkongsian foto daripada jurusolek terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini menerusi Instagram menjadi sorotan wargamaya.

Memuat naik beberapa gambar ‘posing’ dan kandid bersama suaminya, Bellaz menyatakan ia bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kini genap sedekad.

“Salam subuh, nak upload siap-siap hehe. Makeup live malam tadi haa. Look anniversary kami berdua yang ke-10.

“Setahun sekali nak buat look ni, kasi chan sikit lalu sat na. Rasa macam baru lepas (kahwin) ni padahai 4 orang duk tunggu tengok kat depan,” tulisnya seloroh pada ruangan kapsyen sambil memberikan kredit.

Artikel Berkaitan;

“Alhamdulillah Nur Aisywara Nealofa Sihat,” – Mua Bellaz Imbas Kisah Kehamilan Di Mekah

Hargai Amanah & Usaha Keras, Mua Bellaz Ikhlas Hati Bawa Semua Staff Tunai Umrah

“Dulu Saya Dihina, Tak Ada Ilmu Solekan,” – Bukti Sukses, MUA Bellaz Dah Miliki Rumah Sendiri Yang Ada 8 Bilik Tidur, 2 Ruang Tamu!

Sedondon mengenakan persalinan bak raja sehari, pasangan ini turut menerima komen pelbagai wargamaya, yang rata-ratanya menitip hal yang baik-baik.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 33,000 tanda suka.

Bellaz mendirikan rumah tangga bersama Anuar Ahmad dan mereka dikurniakan empat anak iaitu  Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Naelofa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini


IKLAN