Selepas hampir tiga bulan bercuti akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19, akhirnya, sesi persekolahan dibuka semula hari ini bagi kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan awam.
Bagi mengembalikan semangat para guru, pelajar dan ibubapa, pihak Radio Televisyen Malaysi (RTM) mengambil inisiatif bersiaran sambil mengenakan seragam sekolah bermula pagi tadi.
Usaha tersebut bukan sahaja melibatkan para penyampai malah turut disertai oleh semua kakitangan dan krew dibelakang tabir RTM diseluruh negara.
Menurut Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Saifuzzaman Yusop, usaha ini dibuat untuk membuka mata semua pihak bahawa RTM sentiasa meberikan dokongan penuh buat semua warga pendidik.
Ads
Malah, beberapa foto menunjukkan kesemua pengacara program Selamat Pagi Malaysia mengenakan seragam sekolah turut dikongsikan oleh penyampai radio, Dj Sonic.
Hanya di RTM. Rare gila bila tengok pembaca RTM pakai baju sekolah. Jarang berlaku. Saksikan hari nie.. Khabarnya ada…
“Hanya di RTM. Rare gila bila tengok pembaca RTM pakai baju sekolah. Jarang berlaku. Saksikan hari nie.
Ads
“Khabarnya ada lagi kejutan oleh pembaca berita RTM. Good job. Korang tukar channel lain pun korang takkan dapat tengok kesemua pembaca berita berbaju sekolah hari nie.
“Hanya di RTM. Good job team berita RTM,” tulisnya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kelainan yang ditunjukkan oleh stesen tv tersebut.
Sumber: Youtube Berita RTM & Facebook Dj Sonic
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal, Mira Filzah berkongsi kegembiraan terhadap pencapaian anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar.
Ini kerana, dia menjadi antara 50 kanak-kanak terpilih untuk melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di Amerika Syarikat.
Pelakon berusia 27 tahun itu turut memuat naik surat tawaran kemasukan dan surat rujukan yang ditulis oleh guru kanak-kanak berkenaan sebagai sokongan.
“Repost this from my BIL’s ig story. I’m so emotional right now. I cried you know!
“Over, but I really cried. Big boy already. Umar’s academic abilities and gifts far exceed what is typically expected of a child his age”.
“May Allah always keep you safe, well, happy Sayang Mia, and where ever you are, I pray you’re never out of Allah’s protection, not even for a blink.
“I miss you so much and I love you one million!” kongsinya.
Pelakon Faezah Elai mendedahkan pernah tinggal di kawasan perumahan jenis flat di Pulau Pinang ketika zaman kanak-kanak.
Pada masa sama, dia turut menyentuh mengenai segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan mengenai gaya bahasanya, meski sudah pun mengenakan pakaian yang menutup aurat.
“Me budak flat gaiss.. I grew up here.. Be proud of ur hometown.. its a big part of what makes u the person u are.. Yes!! I’m Penangites!!
“Message for my haters, (swipe gambaq)
“Whatever tudung I choose to wear, bukan sbb trying to please anyone of u.. its because i felt comfortable and trying really hard to be a better person as a muslim.
“If u perasan, dalam IG saya, selaindari ig review, saya hanya berkongsi penulisan mengenai diri saya sahaja. i dont viral about other people.
“The last thing i would do is buka aib org, cause i believe that ‘klu nampak aib org,i’ll just pray agar Allah bg diapetunjuk and hidayah,instead kutuk hentam secara berjemaah.
“Sebab i always turn and look at my kids,my family.. yg blom tentu pengakhirannya baik.
“So I clarified about the Tudung isbecause tk nk yg salah paham and jd fitnah.. Pakai tudung @properhijab ni dh nk masuk 2 tahun, tk penah nk try jd ikon muslimah pon. Tak penah cuba pon nk berdakwah dlm socked ni,sbb sendiri pon ke laut dlm,” jelasnya.
Faezah pada masa sama turut memohon maaf andai ada yang menyifatkan bahasa yang digunakan disifatkan kasar.
“I’m penangites,originally from penang,so mmg ckp utagha,tp klu bahasa utagha tu bunyi nya kasaq to a stage sampai ampa claim mcm setan,then I apologise for my words if i ever hurt anyone of u.
“U can always unfollow no problem.
“Satgi cheq cakap omputih ampa katapulak tk sedaq diri anak benggali capati dok perasan Jessica Alba walaupon mmg betoilah cheq mcm Jessica.
“Akhir kata, Budak Flat Taman Tun Sardon angkat tangan!,” akhirinya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.