Cik Manggis Selesa Berbaju Besar & Labuh, Suami Rupanya Pernah Letak ‘Syarat’ Tak Bagi Pakai Tudung Bawal?

Share

Selepas dua tahun tampil dengan imej berhijab, penampilan penyanyi dan pelakon, Cik Manggis sentiasa kelihatan ‘on point’ dan cantik mengikut arus peredaran fesyen semasa.

Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, 33, walaupun sudah bertudung dia tidak menghadkan style berpakaian sebaliknya cuba menyesuaikannya mengikut penghijrahannya.

“Saya daripada dulu memang tomboi sebenarnya, suka pakai baju besar-besar dan labuh.

“Masa saya free hair dulu pun saya suka pakai baju besar-besar, jadi bila saya dah berhijrah ni saya tak banyak nak kena tukar sebab it’s already in me (suka pakai baju besar),” katanya kepada MH.

Cik Manggis ditemui pada majlis Awesome TV 2023 Screening yang berlangsung di Hotel Grand Dorsett Subang pada Selasa.

Menurut ahli kumpulan De Fam ini, setiap kali keluar rumah, suaminya, Shazmin Firdaus akan membuat ‘spotcheck’ terlebih dahulu terhadap penampilannya agar ia tidak kelihatan janggal dengan imejnya.

Malah, Manggis juga mendedahkan cerita di awal penghijrahannya, suami ada menetapkan ‘syarat’ agar dia tidak sesekali memakai tudung bawal.

Artikel Berkaitan;

Cik Manggis & Suami ‘Steady’ Main ‘Surf-Skate’ Lepas Positif Covid-19, Mahu Kembali ‘Fit’“

Tak Nampak Kekok Pun,” – Ada Bakat Tersembunyi Jadi Hos, Peminat Puji Cik Manggis Kendalikan MeleTop Di Samping Nabil Ahmad

“Masa awal-awal saya pakai tudung, suami dah cakap pada saya, “jangan pakai bawal, pakai shawl sahaja”, jadi saya pun okay sahaja sebab dia kata saya pakai tudung bawal macam acik-acik.

“Ini yang dia rasa pada sayalah, tapi saya tengok orang lain pakai cantik sahaja.

“Sebelum saya keluar rumah atau perform di mana-mana, suami akan ‘spotcheck’ pemakaian saya terlebih dahulu.

“Tapi tak banyak sangat ‘spotcheck’ pun sebab saya sendiri dah beritahu stylist yang saya nak baju labuh dan besar.

“Dengan pemakaian saya sekarang ini, kalau sahya menari pun orang tak perasan, tak adalah nak menunjukkan badan ke apa,” kata Cik Manggis lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Cik Manggis

IKLAN