“Sesetengah Budak Gayat Nak Berdiri,” -Baru 10 Bulan, Anak Nadzmi Adhwa Dah Mula Belajar Bertatih, Jatuh Pun Bangkit Lagi!

Share

Pelakon, Nadzmi Adhwa ada berkongsi momen anaknya, Arwa Malaikha Urwa yang kini sudah mula bertatih meski baru sahaja mencecah usia 10 bulan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi entri di Instagram, Nadzmi atau nama lengkapnya, Nadzmi Adwa Nor Adzmi menzahirkan momen manis itu bersama peminat.

Ada budak 10 bulan dah start nak jalan. Terkedek kedek. Good job Urwa. Dont give up! @malaikhaurwa #10Months,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memuji selepas melihat telatah Arwa yang kelihatan sangat comel dan bijak.

Terdahulu, Nadzmi mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ardell Aryana pada tanggal 1 September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

IKLAN