Sertai APM, Ezlynn Terima Pangkat Dan Penyampaian Watikah, Tahniah!

Share

Penyanyi, Ezlynn ada berkongsi berita gembira dan momen indah bersama peminat menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.

Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini, dia telah menerima pangkat dan penyampaian watikah daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), hari ini.

“Majlis Pemakaian Pangkat Dan Penyampaian Watikah . Friends to keep!! #bersediaberkhidmat #APM #Angkatanpertahananawan,” tulisnya.

Selain itu, rata-rata peminat memberi kata ucapan tahniah kepada Ezylnn menerusi ruangan komen entri berkenaan.

Malah, peminat turut memuji penyanyi berusia 38 tahun ini sebagai seorang wanita yang hebat.

Sekadar informasi, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah dilahirkan pada 27 September 1981 di Ulu Kinta, Perak.

Foto: Instagram Ezlynn

IKLAN