“Seronok Juga…,”- ‘Sangkut’ Dalam Jem, Lihat Ini Cara Yana Samsudin & Suami Lakukan!

Share

Keadaan aliran trafik di beberapa buah lebuh raya utama di negara ini dilaporkan sesak bermula malam tadi sehingga hari ini, sempena musim perayaan tahun ini.

Malah, dilaporkan juga beberapa juta kenderaan di Malaysia telah melalui lebuhraya utama sepanjang minggu ini.

Lalu, pelakon dan hos, Yana Samsudin ada berkongsi perasaannya apabila ‘tersangkut’ dalam kesesakan lalu lintas selama 12 jam.

“Awal tahun kawen 12 jam Kedah ke Selangor! Tahun ini 2 hari Kedah ke Selangor! Sebab singgah taiping tidur sat. Hari ni sambung ke JOHOR! Hahaha 3 days!

“We called it the power of love Hari Raya! Demi silaturahim… Utara selatan! Redah… Ok sebenarnya cuma body je dah tak mengizinkan travel jauh..

@aisyMateen dari elok duduk dalam car seat, lepas 7-8 jam dah merayu rayu nak keluar dari seat “nak baring mommy… nak baring… ” huhu kami lepaskan juga bagi baring luruskan pinggang,” kongsi Yana.

Dalam pada itu, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari sempat mengimbas kisah silam masing-masing dan perancangan masa hadapan.

“Pilot @fadzilzahari Lagi lah.. dia sorang je memandu, tak tukar tukar. Power lah sayang! Muahx!

“Seronok juga rasanya, dapat juga Quality time dengan suami . Bercerita hal hal dulu, masa depan segala.

“Dengarnya juga ada yang berjaya drive 26 jam dari kedah ke JB! Salute!!! Tabik spring kat kalian!!! Alhamdulillah kalian selamat sampai.

“Ada lagi lama ke dari record ni? .

“Muka jam 12.30pagi tadi… dengan jerawat sebiji,” tulis Yana lagi.

Terdahulu, Yana dan suami pulang beraya di kampung, Kedah.

Foto: IG Yana Samsudin

IKLAN