“Seronok Jadi Batu Api Nak Laga-Lagakan Orang. Jangan Cuba-Cuba Yer,” – Izreen Azminda

Share

Semalam, pelakon Izreen Azminda ada memberikan penegasan apabila terdapat individu yang masih didakwa cuba membuat fitnah sesuka hati melibatkan dirinya.

Izreen, 34, turut mendedahkan paparan perbualannya bersama seorang individu yang dimaksudkan menerusi entri yang dimuat naik di Instagram.

“Kalau benci pun jangan sampai nak jadi baru api fitnah benda yang bukan-bukan ya. Awas!

“Aku tak pernah tau nak post benda-benda mengarut ni kat IG. Dah berzaman aku kena fitnah selama ni aku diam je… Anak luar nikah la… Mabuk la… Ambil dadah la…

“Benda yang tak tercapai akal aku sendiri kadang-kadang yang diwar-warkan tu.

“Sudah-sudahla. Semua dah ada kehidupan sendiri. Seronok jadi batu api nak laga-lagakan orang. Jangan cuba-cuba yer.

“Lepas ni apa-apa better tanya tuan badan dulu kot rasanya. Sebelum sembur apa-apa. Sebab kadang-kadang ada yang sengaja nak laga-lagakan. Terima kasih,” tulisnya.

Sementara itu menerusi perbualan berkenaan, Izren turut menjelaskan mengenai isu IG Live sebagaimana yang didakwa dan individu tersebut juga turut dilihat membuat permohohan maaf terhadap Izreen.

Terdahulu jelas Izreen, kali terakhir dia membuat IG Live kira-kira dua tahun lalu.

Untuk rekod, Izreen berkahwin dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau sinonim dipanggil Ude sekitar Ogos 2017 lalu hidup bermadu dengan Intan Liana Saleh sebelum Ude kemudian menceraikan isteri pertamanya.

Hasil perkongsian hidup, Izreen dan Ude dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim Jun lalu.

Foto: Instagram Izreen Azminda

IKLAN