Serius Sejak Jun Lalu, “Satu Dalam Sejuta, Sukar Jumpa Lelaki Seperti Dia,” – Janna Nick, Dini Schatzmann Dilamun Cinta

Share

Pelakon terkenal, Janna Nick akhirnya mengakui dirinya kini menjalin hubungan serius dengan pelakon baru, Dini Azan Schatzmann sejak Jun lalu.

Janna bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan bersama bintang kacukan itu berbanding lebih selesa untuk berbicara mengenai kerjaya seninya sahaja.

“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya lapor Harian Metro.

Di samping keperibadian yang ditonjolkan Dini, bintang Cari Aku Di Syurga itu turut mengakui lelaki berkenaan adalah satu dalam sejuta, kerana mereka saling memahami.

“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.

“Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” jelas Janna lagi.

Serentak dengan pendedahan tersebut, Janna turut memuat foto bersama dengan kapsyen ‘Dilarang curi’ selain turut meletakkan hashtag #DiniJanna. Malah perkara sama turut dilakukan Dini.

Mei lalu, Dini yang pernah ditemu bual MH berhubung perkara sama beberapa bulan lalu turut menyifatkan aktres dan hos itu sebagai seorang pelakon berkaliber yang peramah.

“Dia wanita dan pelakon yang saya kagumi dan saya letakkannya sebagai kawan yang baik. Saya senang berkawan dengan dia, sama juga macam Fikry Ibrahim dan Hafidz Roshdi. Di set pun saya baik dengan mereka.

“Suka berkawan dengan artis lain di lokasi penggambaran sebab secara tak langsung saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Macam mana nak minta diajar, kenalah berkawan,” katanya yang pernah bergandingan dengan Janna menerusi drama Bukan Cinta Aku.

Foto: Instagram Janna Nick

IKLAN