‘Seriously Tak Faham This Laugh At People When They’re Down Mentality’ – Sharifah Amani Luah Rasa Kecewa

Share

Semakin ramai selebriti tampil bersuara memberi sokongan moral kepada Haneesya Hanee atas penarikan gelaran juara Dewi Remaja 18/19 semalam.

Sementara menerusi laman Twitter pula, pelakon Sharifah Amani meluahkan rasa kecewa apabila melihat netizen seolah sakan ‘bersorak’ meraikan kejatuhan seseorang.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, namun tweet yang ditulis seolah-olah menggambarkan situasi yang dialami pelakon muda Cik Reen Cik Ngok Ngek itu.

‘Seriously tak faham this laugh at people when they’re down mentality.

‘Orang tu dah jatuh, ditimpa tangga and here you come to step on that person more. I hope others will be kind to you and your children when your time comes.

‘Because what goes around comes around kan?,’ katanya.

Foto : Twitter Sharifah Amani & Instagram Haneesya Hanee

IKLAN