Di zaman yang semakin moden ini, tidak dapat dinafikan media sosial merupakan medium yang sangat berguna buat masyarakat kerana ianya dapat menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja tidak kira di dalam negara mahupun luar negara.

Namun begitu, wujud pula pembuli siber yang sering membuli orang lain menerusi media sosial dan tidak dapat dinafikan, selebriti adalah di antara golongan yang sering menjadi mangsa mereka.

Menurut laporan Mstar Online, pelakon cantik yang mempunyai darah kacukan Jerman, Maya Karin memberitahu bahawa sejak dari bulan Ogos tahun lalu dia telah menjadi mangsa buli siber dan individu itu sering mengganggunya dengan mengancam keselamatan serta emosinya selama tiga bulan.

Sering Ugut & Ancam Maya Karin, Akhirnya Seorang Wanita Diberkas Polis!

IKLAN

Tidak hanya mengganggu Maya, individu tersebut juga turut mengganggu ahli keluarga pelakon ini yang menetap di Jerman.

“Apa yang lebih membimbangkan individu itu tidak hanya menggangu saya tetapi ahli keluarga saya yang lain malah dia turut menghantar mesej kecaman dan ugutan kepada saudara mara saya yang menetap di Jerman.

 

“Selama beberapa bulan dia menggangu saya tetapi saya tidak pernah sekali melayannya dan mungkin disebabkan itu dia berani menggangu ahli keluarga saya.

 

“Selepas berbincang dengan adik saya yang juga seorang peguam kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya kepada Mstar Online.

Kata pelakon ini lagi, selepas sebulan membuat laporan polis, inidividu tersebut berjaya diberkas oleh pihak berkuasa di Melaka dan apa yang lebih memeranjatkan pelakon ini adalah individu tersebut merupakan seorang wanita yang berstatus isteri dan juga ibu.

IKLAN

“Wanita itu ditahan reman selama tiga hari sebelum didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas semua dakwaan terhadapnya.

 

“Dia dibebaskan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman denda terhadapnya,” kata Maya.

Sering Ugut & Ancam Maya Karin, Akhirnya Seorang Wanita Diberkas Polis!

Terkejut MH apabila mengetahui individu yang mengganggu Maya itu adalah seorang wanita yang sudah berkahwin malah sudah mempunyai anak.

IKLAN

Bagi MH, perkara yang terjadi kepada Maya ini perlu dijadikan pengajaran buat pembuli-pembuli siber di luar sana yang semakin seronok membuli mangsanya.

Mungkin mereka merasakan ianya hanya suka-suka sahaja tetapi harus diingat mengganggu emosi seseorang bukan sesuatu perkara yang baik kerana ianya boleh memberi kesan buruk kepada hidup mangsa.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI