Tiada angin tiada ribut tiba-tiba MH ada terima satu mesej yang agak mengejutkan berkenaan dengan rumah tangga Isma dan Zul 2by2.
Melalui perkongsian mesej tersebut, 6 hari yang lalu Isma telah muat naik beberapa Quote membawa maksud patah hati di Instagram, tanpa membuang masa, MH segera membuka Instagramnya dan memang benar apa yang dikatakan.
Tanpa meletakkan apa-apa kepsyen, ramai dapat mengagak ada sesuatu yang terjadi di antaranya bersama suami.
Tidak terhenti di situ, terdahulu beberapa hari yang lepas, Isma turut ada memuat naik sekeping gambar dirinya serba lengkap bertudung dan berbaju kurung dengan meletakkan kepsyen yang lebih suspen…
“Utk mengelakkan terus bersama dgn org yg salah , Maka Allah mematahkan hatimu …..
Permudahkan urusan hambamu hari ini dan seterusnya … Alhamdulillah tq Allah,” tulisnya diruangan kepsyen.
Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila beberapa jam yang lalu dirinya telah muat naik sekeping gambar yang bersetuju dengan kandungan gambar dimuat naiknya itu.
Tertera perkataan “Apabila hati aku sudah tawar dan mula tidak kisah, kau boleh lakukan segala apa yang kau mahukan. Aku sudah tidak akan terkesan dan kisah”
Dalam pada Itu, Suaminya Zul pula ada memuat naik tentang kemurungan pula.
Melihat sesuatu yang tidak kena, ramai pengikutnya meluahkan rasa kebimbangan terhadap hubungan mereka berdua.
Bagaimanapun sehingga kini Isma tidak keluarkan apa-apa kenyataan atau penjelasan apa sebenarnya yang terjadi.
Adakah ia hanya sekadar kebetulan atau tidak hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.
Apapun MH doakan yang terbaik buat mereka berdua dan mudah-mudahan semua dalam keadaan yang terkawal.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI