Sering Disebut Bagai ‘Kembar’ Tony Stark, Kenali Sham Visa Lebih Mendalam… Ini Trivianya

Share

Bagai sudah sinonim, peserta program Gegar Vaganza 6 (GV6), Sham Visa dikatakan mirip bintang filem Avangers, Iron Man lakonan Robert John Downey Jr.

Pemilik nama penuh Rohisham Hashim ini yang tampil dengan imej berkaca mata bulat, berkumis dan berjambang nipis nyata memberi aura tersendiri buatnya pabila kembali memeriahkan dunia seni.

Jadi, jom kenali Sham dengan lebih dekat.

1. Vokalis kumpulan Visa yang popular sekitar awal tahun 90-an yang dianggotai Joe, Imm dan Azli.

2. Pernah membuat kemnuculan di layar perak menerusi filem Debu-Debu Kasih gandingan bersama Aida Aris, Raja Azura dan ramai lagi.

Filem tersebut diarahkan Pansha pada tahun 1995.

3. Penah membuat kemunculan dalam drama bersiri Cekelat Honey pada akhir tahun lalu gandingan bersama Siri Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zulin Husin.

Sham ketika itu memeganag watak sebagai Saiful.

4. Mempunyai kelab peminat (fan club), Shamvengers yang kini memiliki hampir 10,000 pengikut di Instagram. 

5. Sudah berkeluarga. Mempunyai isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dikurniakan sepasang anak.

6. Sudah meninggalkan dunia hiburan sejak 10 tahun lalu, namun kembali ‘menggegarkan’ arena seni dengan kemnculannya dalam GV.

 

7. Sham terlibat dalam bidang Oil & Gas sebelum muncul kembali di kaca televisyen.

8. Pada minggu pertama, Sham menyanyikan lagu hitsnya bersama kumpulan Visa berjudul Dalam Gerimis, minggu kedua mengalunkan lagunya sendiri iaitu Untukmu Selamanya.

Minggu hadapan, Sham diberi tugasan menyanyikan lagu Sayang-Sayang nyanyian Alif Aziz. 

9. Sentiasa mendapat komen positif dari para juri selepas membuat persembahan di pentas GV setakat ini.

10. Meski sudah berusia 48 tahun, namun penampilan Sham tidak ‘ditelan’ usia; baik dari segi rupa paras dan sosok tubuhnya. 

Foto : Instagram Sham Visa/ Google

IKLAN