Selepas lapan minggu, program Muzikal Lawak Superstar 2 kini kembali menerusi saingan minggu kelima yang menyaksikan tiada penyingkiran diumumkan terhadap kesemua peserta yang masih kekal dalam saingan.
Kekal mencuri perhatian menerusi persembahan lawak yang dipersembahkan, tumpuan penonton turut diberikan terhadap hos rancangan berkenaan, Elly Mazlein.
Selepas beberapa minggu tidak membuat kemunculan secara langsung di kaca televisyen, peminat mendakwa penampilan Elly atau selesa disapa Kak Lina tampak berbeza hingga ada yang memberikan bayangan dia kini mungkin sedang berbadan dua.
Malah ada peminat yang mulai membuat teka-teki sedemikian apabila penyanyi Dusta Cinta itu didakwa kerap mengusap perutnya ketika mengacarakan program lawak tersebut di samping rakan pengacara, Nabil Ahmad.
Bayangan tersebut ditinggalkan peminat menerusi salah satu posting yang dikongsi Elly di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Pelakon Izreen Azminda ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram baru-baru ini.
Menerusi entri berkenaan, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam kelihatan sedang berjalan sambil mengenakan baju T berlengan lengan panjang dan berseluar berwarna hitam.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat dan telah meraih lebih 200,000 tontonan hingga ini.
Hasil tinjauan ke ruangan komen, ada peminat yang membuat spekulasi bintang ini kelihatan seperti sedang hamil lagi.
“Alhamdulillah baby bump,” tulis salah seorang warga maya.
“wah baby bump lah,” tulis peminat di ruangan komen.
“Tahniah dah baper bulan,” tanya peminat.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang turut aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Datin Ira Ghani menzahirkan rasa terharu selepas menerima maklum balas baik dari rakan niaga serta selebriti ketika menyambut ulang tahun jenamanya, Aura Seri yang ke-20 tahun bulan lalu.
Kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG, penjenamaan semula produknya memberikan azam baru buat pengasasnya itu meski mengakui ada yang seolah-olah pesimis terhadap usahanya itu.
“Saya pernah kongsikan hasrat untuk lakukan ‘comeback’ kepada beberapa rakan artis. Cuma saya bimbang agak-agaknya ada tak yang akan sokong keputusan ini. Jujurnya saya tak sangka, ramai artis yang sokong.
“Antaranya Datuk Rosyam Nor, Datuk Ramli MS, Datuk Awie, Zizan Razak, Liza Abdullah dan ramai lagi. Saya terharu sebabnya bila mereka lihat saya muat naik video ucapan artis di media sosial, ada rakan artis lain yang ‘pm tepi’ tanya mengenai perkara tersebut. Mereka turut tawarkan diri untuk turut sama berikan ucapan tahniah.
“Jenama Aura Seri suatu ketika dulu memang menyokong industri, malahan sehingga kini hubungan itu berjalan dengan sangat baik. Setiap majlis pasti akan diselitkan dengan kehadiran selebriti.
“Tetapi ada juga yang seakan-akan beri respon yang kurang baik. Tidak menyokong tu maksud saya mungkin bila ketika kita ni tengah meletup-letup, semua orang akan datang macam semut, menghurung.
“Tetapi apabila kita mendiam perkara sebaliknyalah yang jadi. Akan tetapi saya tidak berkecil hati kerana jenama ini pun sudah kukuh dan ada pembelinya sendiri. Malah bila penjenaman semula ini, kami lihat ada progres yang positif, alhamdulillah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ira, 44, yang kali pertama berlakon menerusi drama Menantu Ting Tong di samping Ruhainies dan Ben Amir lebih lima tahun lalu itu baru sahaja melancarkan program Santai With DIG di bawah saluran YouTube sendiri, DIG TV Channel.
Sudah pun bersiaran sebanyak episod sejak tiga episod, Santai With DIG dijangka mempunyai 13 episod kesemuanya dan akan ditayangkan setiap Jumaat jam 8.30 malam.
“Tagline yang kami gunakan ialah Syok, Santai dan Sempoi. Konten yang diketengahkan tidak langsung melibatkan produk atau yang seumpama dengannya. Ia lebih kepada perkongsian serta motivasi yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang. Sesiapa sahaja boleh tengok dan ambil input.
“Sebelum ini saya pernah jadi hos di RTM selama dua tahun menerusi rancangan Feminin. Jadi mengapa tidak sekarang yang mana semua orang sudah boleh wujudkan saluran sendiri di YouTube. Saya ambil peluang itu.
“Bukanlah saya nak syok sendiri, tetapi saya sudah terbiasa berikan ceramah motivasi, buat seminar dan sebagainya. Lalu timbul idea untuk angkat ia dalam versi digital pula.
“Santai With DIG ini menjadi medium untuk kami berkongsi tentang apa yang kami ada kepada penonton. Konsepnya cukup santai dan bersahaja.
“Mungkin orang dekat luar tengok saya ala-ala macam sopan baik, tapi jangan tak tahu rupanya saya seorang yang santai dan easy going. Kiranya saya cabar dirilah juga.
“Sebab itu, saya beratus kali tanya suami mengenai perkara ini. Betulkah apa yang saya buat ni, yelah saya tak mahu orang lihat saya pada sisi sama saja. Saya pun faham, biasanya untuk program di YouTube ini kalau konsepnya lebih santai mudah untuk tarik perhatian penonton,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ira turut berhasrat untuk menjemput beberapa selebriti popular sebagai panel jemputan di dalam episod yang akan datang. Dia ditemui dalam majlis minum petang Aura Seri by DiG di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Produk terkininya, aromaterapi Aura Seri by DiG juga sudah pun dilancarkan dan dijual pada harga RM99 di Semenanjung Malaysia, boleh didapati dari stokis sah produk berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Allahyarham sebelum ini sinonim menerusi nama komersial, Maya Matahari.
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.