Minggu lalu kecoh di media sosial mengenai pelakon, Janna Nick yang memperkenalkan pakej ucapan berbayar kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan khidmatnya.
Perkara tersebut telah menjadi bualan hangat pengguna media sosial sehingga ada yang membuat video parodi mengenai isu berkenaan.
Namun, berbeza pula kisahnya kali ini apabila pelakon dan model, Mawar Rashid pula memperkenal pakej ucapan berbayarnya sebagai tanda menyokong business rakannya itu.
Apa yang menariknya, pakej yang diperkenalkan oleh Mawar itu jauh lebih murah jika ingin dibandingkan dengan Janna iaitu serandah RM20 sahaja.
Ternyata tindakan Mawar itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen yang menganggap pelakon tersebut seperti terikut-ikut dengan trend Janna itu.
https://twitter.com/nurulsyazlin_/status/1045676263648575488
Knp sampai 50 rm utk wish yg tah pape, klu 20 mcm mawar rashid tu masuk akal jugak la ni trus 50 wish pun Mcm ikhlas tk ikhlas lol
— Delyne (@Darlinggnaa) September 28, 2018
and mawar rashid pun dah start this stupid business lol https://t.co/0eZEbJLHdH
— ? (@lunxrtic) September 28, 2018
Bagi MH, dengan pakej yang jauh lebih murah, kini netizen sudah mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih artis mana yang akan membuat ucapan istimewa tersebut. Pilihan terletak ditangan anda.
Bagi MH, dengan pakej yang jauh lebih murah, kini netizen sudah mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih artis mana yang akan membuat ucapan istimewa tersebut.
Tapi itulah, bila buat macam ni macam-macam peminat speku. Betul tak?
Foto: Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI