Pelakon Sharifah Sakinah ada berkongsi tips bagi mengelakan masalah kulit kepala khusus bagi wanita berhijab.
Kisahnya bermula apabila pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu memuat naik video di Instagram Storiesnya dengan menggunakan lampin pakai buang (pampers) sebagai pelapik kepala (anak tudung).
“Sesuai untuk yang kepala berpeluh . Sangat bagus kalau nak workout. Terus meresap ke anak tudung Asalkan tutup sis. Fashion tudung sekarangkan macam macam #hijabfit memPerkenalkan D’INNERZ serap serap takdalah menyirap,” tulisnya.
Malah, Sakinah juga telah membuat tutorial cara penggunaan ‘anak tudung’ itu.
Bagaimanapun, Sakinah menjelaskan dia berbuat demikian bagi membantu wanita berhijab di luar sana.
Ads
“Banyak feedback dari perempuan bertudung tak nak ke gym atau tak nak bersukan sebab ada masalah tudung berpeluh, nanti kelumumur. Jadi saya pun perkenalkan anak tudung jenis ni,” katanya.
“Bila korang workout, ia serap. Bila buka,ia basah. Ia juga tak busukkan rambut dan kulit kepala anda. Apa kata kalau anda try. SERAP SERAP, TAK MENYIRAP!,” jelasnya.
Ads
Lalu, netizen terhibur dengan logik akal Sakinah yang telah memberi insiprasi buat wanita di luar sana. Kreatif sungguh!
Video : Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mesti ramai yang tidak menyangka Azhan Rani masih bujang kan?
Berusia 43 tahun, lelaki yang berasal dari Tanjung Karang Selangor ini menumpukan sepenuh perhatian untuk menjaga ibu selepas kematian bapa.
Sebab itulah, soal jodoh ditolak ketepi kerana ada komitmen lebih penting untuk difokuskan.
Bagaimanapun, dalam sisi lakonan tidak dinafikan bintang yang satu ini memang tidak boleh dinafikan kredibilitinya.
Drama Nur misalnya, telah menjulang tinggi namanya menerusi watak Ustaz Hamadi.
Jadi, jom kita lihat keletah popular Ustaz Hamadi yang buatkan penonton ‘naik darah’!
1. Ziana Zain turut beri pujian
Memuat naik sedutan menyanyikan lagu Kekal oleh Ziana Zain dan apa yang lucunya, Ziana turut meninggalkan komen memuji suaranya, “Sedaaaapppp suara ustaaaddddd.”
Salah satu dialog yang paling win apabila Ustaz Hamadi mengatakan dia sedang solat Tahajud sehinggalah insiden dia dicekik oleh Ustaz Adam lalu menyebabkannya terkentut.
Pelakon Anzalna Nasir kini sedang sarat mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Terbaru, isteri kepada Hanif Zaki itu telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia telah berkongsi pengalamannya semasa mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
“@hanif_zaki pesan tengah mengandung ni tak perlu kerja tapi bila duduk rumah bosan pula..Bila active kan diri rasa sekejap sangat masa berlalu, diam tak diam dah nak masuk 7 bulan Anzalna hamil..Alhamdulillah..
“Produk @nr.mustajab banyak membantu Anzalna sepanjang Anzalna hamil. Anzalna akan kongsikan produk yang bagus untuk ibu yang sedang hamil di luar sana supaya kita kekal bertenaga dan sihat. InsyaAllah. #BTS”tulisnya.
Spekulasi mengenai tarikh kahwin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kembali diperkatakan warganet apabila tular sekeping gambar yang mendakwa...