Pelakon Nur Fazura tidak menafikan dirinya ada berdepan pengalaman misteri dan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak, meski ia tidaklah mengganggu kehidupannya secara keseluruhan.
Kongsi bintang ini kepada MH, dia hanya menyedari kehadiran entiti seakan-akan wanita berambut panjang mengurai yang dikatakan menyerupai dirinya setelah ditegur salah seorang kru di set lokasi.
“Sebelum ini saya tidak pasti untuk percaya atau sebaliknya. Banyak dengar cerita dari orang sekeliling.
“Akan tetapi bila nampak sendiri tu, ya saya percayalah sebab bila kejadian tersebut, saya pakai kebaya putih dan sarung batik, ‘dia’ pakai sebiji apa yang saya pakai,” kongsi figura cantik ini.
Bercerita mengenai kejadian tersebut dengan lebih lanjut, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2015 ini berkata, ia berlaku sekitar jam 3.00 pagi.
“‘Dia’ tidaklah mengganggu, cuma pandang dari kejauhan saja, tapi memang ‘dia’ ada si sekitar set penggambaran. Sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi waktu rehat, ada pengurus produksi meminta saya saya tengok belakang.
“Eh…’dia’ berupa rambut mengurai ke depan dan kami bertentangan pandangan waktu saya melihatnya.
Ads
“Sudah tentu, saya pengalaman yang berbeza sebabnya ketika saya melakukan penggambaran untuk filem Kami Histeria, tiada gagguan seumpamanya. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura atau lebih sinonim dipanggil Faz ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya sama ada dia ada menerima gangguan usai penggambaran pada ketika itu, Faz bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa pengalaman menakutkan.
Cuma, suaminya Fattah Amin ada berpesan supaya dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran selain Ayat Kursi sebagai penguat semangat.
Ads
“Syukur saya tidak alaminya. Cuma selepas kejadian tersebut saya ada maklumkan kepada Fattah. Yang, I nampak hantu Yang. Katanya baca ayat suci Al Quran atau Ayat Kursi sebelum dan selepas pulang ke rumah,” kongsi Faz.
Filem Dendam Pontianak menjalani penggambaran di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan Perak.
Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan dibelenggu dengan perkara misteri hingga memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.
Mendukung watak pontianak bernama Mina, Dendam Pontianak telah diarahkan oleh Glen Goei dan Gavin Yap.
Ads
Selain Fazura, filem tersebut turut dibintangi Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.
Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September depan dan turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.
Sejak awal Ogos lalu, tular mengenai atlet asal Kazakhstan berusia 23 tahun, Tatyana Demyanova yang disebut-sebut sebagai atlet wanita paling cantik di dunia oleh beberapa media antarabangsa.
Menerusi hasil undian dan tinjauan menerusi Express Sport dan Daily Star, para pembaca mengakui Tatyana yang baru berusia 23 tahun itu sebagai antara jaguh sukan wanita tercantik.
Difahamkan, figura setinggi kira-kira 180cm ini mulai berjinak-jinak dalam sukan bola tampar sejak berusia 9 tahun yang mana ibunya juga merupakan jurulatih kepada sukan berkenaan.
Selain aktif dalam sukan bola tampar, Tatyana yang kini memiliki hampir 80,000 pengikut di Instagram juga turut terlibat dalam beberapa jenis sukan lain seperti tinju dan Muay Thai dan jaguh kegemarannya ialah Floyd Mayweather.
Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa syukur kerana telah selesai melakukan fardhu Haji di Tanah Suci Mekah.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut berkongsi pengalaman ketika berada di tanah suci.
“Alhamdulillah, selesai sudah ibadah Haji saya disini. Td selesai tawaf wida’, sekarang dlm perjalanan menuju ke Jeddah.
“My hajj journey was so amazing. Dari sampai je disini dgn menjaga dlm ihram, berwukuf di Arafah- alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya.
“Terus ke Muzdalifah mengutip batu utk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram utk tawaf & saie(masa kami sampai org tk ramai sgt) first time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya(read ‘nangehmcmbudakkecik).
“Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata.
“Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina utk bermalam selama 3 hari.
“Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal td,” kongsi Wany.
Malah, penyanyi berusia 27 tahun ini juga tidak lupa akan peminatnya yang sentiasa menyokong perjalanan sebagai anak seni.
“Doa-doa anda mana yg sempat wany dah bacakan disini, terima kasih banyak2 yg mendoakan wany.
“Wany doakan awak semua dpt ke sini dgn keluarga tersayang insyaAllah,” tulis Wany.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...