Rosie Roche, sepupu kedua kepada Putera William dan Putera Harry, ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Wiltshire pada 14 Julai lalu.

Mendiang Rosie, 20, merupakan penuntut jurusan Kesusasteraan Inggeris di Durham University ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu dan kakaknya dengan sepucuk senjata api berada di sisi.

Menurut laporan polis Wiltshire, kematian mendiang tidak diklasifikasikan sebagai mencurigakan dan tiada penglibatan pihak ketiga dikenal pasti.

Walaupun punca sebenar kematian belum diumumkan secara rasmi, pihak koroner telah menetapkan tarikh inkues lanjut pada 25 Oktober ini.

Ads

“Rosie merupakan anak dan adik yang sangat dikasihi. Beliau seorang yang berbakat besar, memiliki semangat yang ceria serta penuh kasih sayang terhadap keluarga dan rakan-rakan,” kata kenyataan keluarga dalam siaran orbituari.

Sekadar info, Rosie merupakan cucu kepada ayah saudara Puteri Diana menjadikannya anak kepada sepupu mendiang Princess of Wales itu. Ini menjadikan Rosie sebagai sepupu kedua kepada Putera Wiliam dan Putera Harry.

Ads
Sepupu Putera William & Putera Harry Maut, Ditemui Bersama Senjata Api
Rosie Roche. Sumber gambar Facebook: Mirror

Kehilangan mendiang Rosie menambahkan lagi episod duka dalam kalangan keluarga aristokrat tersebut selepas insiden tragik membabitkan Thomas Kingston, suami kepada Lady Gabriella Windsor, yang turut ditemui maut bersama senjata api pada Februari tahun lalu.

Ads

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Putera William mahupun Putera Harry berhubung insiden berkenaan. Namun, berita tersebut dipercayai memberi kesan mendalam kepada kedua-dua figura itu yang memiliki hubungan kekeluargaan rapat dengan mendiang.

Insiden kematian Rosie Roche sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan rakyat Britain mengenai kesihatan mental serta tekanan yang dihadapi oleh golongan muda termasuk dalam kalangan keluarga Diraja.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads