“Seperti Kita Tahu, Adalah Lebih Baik Untuk ‘Merahsiakan Pertunangan, Hebahkan Perkahwinan’,” – Hafreez Adam

Share

Cinta pasangan selebriti, Hafreez Adam dan Zara Zya kian utuh apabila keduanya telah selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu.

Bagaimanapun, Hafreez Adam tampil memberi penjelasan mengenai majlis pertunangannya yang diadakan dalam sebuah majlis tertutup semalam.

Hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat mereka, Hafreez memohon maaf kerana tidak memaklumkan hal tersebut lebih awal.

Terdahulu, majlis tunang pasangan sama cantik sama padan ini trlah dilangsungkan di Kuang, Sungai Buloh.

“Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum. Semalam Abe & Inchess dah selamat bertunang. Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua.

“Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk “merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan”. But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami.

“Dan kami tak mengharapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua. Kepada sesiapa yang tersinggung, Saya sebagai wakil pihak saya dan zara, memohon maaf kepada semua.

“And terima kasih kepada semua yang terlibat untuk majlis semalam. Kami hargai sangat-sangat dengan kerjasama dari semua pihak. Last but not least,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #ZaraAdamPunya dan memberikan kredit.

Difahamkan, ikatan cinta yang terjalin di antara keduanya mulai terjalin ketika mereka sama-sama membintangi drama bersiri, Mona Lisa kira-kira dua tahun lalu.

Foto: Instagram Hafreez Adam

IKLAN