Berkongsi mengenai tiga sambutan hari jadi yang ke-30 yang berbeza selama tiga sesi berturut-turut hingga ia disalah ertikan sesetengah pihak baru-baru ini, pengacara dan ushawan Neelofa mempunyai pandangannya sendiri.
Katanya kepada MH, rasanya dia tidak perlu memberi penjelasan secara terperinci mengenai hal tersebut memandangkan orang yang membuat telahan hanya apabila selepas melihat gambar atau video sahaja.
“Rasanya saya tak perlu nak justify semua kerana mereka yang menilai selepas menonton video atau gambar sahaja. Tetapi apa yang berlaku pada sesi tersebut hanya saya dan jemputan sahaja yang tahu.
“Yang penting niat kami adalah untuk meraikan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Yang penting sekali saya rasa gembira dan disayangi,” jelasnya jujur.
Pada masa sama, bintang asal Kelantan itu turut memberitahu sambutan hari jadi yang diterima merupakan hadiah dari insan rapat yang selama ini menyokong dan menghargai pencapaiannya selama ini.
Terbaru, sepotong video ada memaparkan Fakhrul Radhi ketika dalam perjalanan menaiki tren pengangkutan awam.
Dilihat penyanyi nasyid ini memegang tiang tren untuk mengukuhkan kedudukan, namun tidak semena-mena lelaki di hadapannya terus merapati genggaman seakan-akan mahu berpegangan tangan.
“Selalu tgk kt socmed ja..Kejadian berlaku depan mata td..tak sangka berani betul..dengar citer yg belakang tu muntah hijau lepas kejadian ni,”
Kejadian sebenar, rakaman hanyalah sekadar gurauan. Lelaki yang dikatakan cuba memegang tangan Fakhrul adalah Bazli yang juga anggota UNIC.
Netizen turut terhibur dengan aksi lucu kedua-duanya dan tertanya-tanya apakah nasib lelaki berbaju hijau tersebut selepas melihat adegan mesra di depan mata.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...