“Sepatutnya Kami Bawa Ke Tempat Istimewa,”- Rai Hari Jadi Ibu Di Rumah Secara Sederhana, Anzalna ‘Takut’ Nak Keluar Rumah

Share

Pelakon, Anzalna Nasir telah meraikan ulang tahun kelahiran ibu tercinta lewat petang Rabu.

Perkara itu dikongsikan pelakon drama Memori Cinta Suraya  di Instagram miliknya.

“Adakah dia seorang yang gorgeous? Happy birthday mama! 

“Meraikan majlis hari jadi mama di rumah. Sepatutnya, kami mahu membawa mama ke tempat istimewa seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi diluar sana terlalu berisiko untuk membawa Eidrees. 

“Duduk di rumah adalah pilihan terbaik buat masa ini. Sorry mama, Love you so much!,” tulisnya.

 Malah, figura jelita itu mendekorasi sendiri ruang majlis kecil-kecilan itu dengan mengenakan warna-warna pastel.

Menerusi ruangan komen, peminat turut meitip ucapan hari jadi buat ibu pelakon itu.


Foto : Instagram Anzalna Nasir

IKLAN