“Sepatutnya Bulan 6…,”- Hasrat Terbantut Tunai Umrah, Bekas Isteri PU Abu Doa Agar Tahun 2020 Tercapai

Share

Mengabadikan momen sepanjang tahun 2019, bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini berkongsi hasratnya yang tergendala tahun ini.

Katanya, cita-cita untuk menunaikan umrah di Tanah Suci terbantut kerana ketika itu sedang sarat hamil anak sulung pada bulan Jun lalu.

“Semalam ain baca balik ‘ achievement goals ‘ yang dah tercapai dengan belum tahun 2019.

“Salah satu nya nak pi umrah sepatutnya bulan 6 haritu tapi takpi sebab dah sarat.

“Korang tolong doakan semoga tahun 2020 ni ada rezeki ain dengan anak dapat jejakkan kaki ke rumahNya insyaAllah . Dan semoga korang pun dapat jejakkan kaki ke sana,”tulisnya.

Menerusi ruangan komen,rata-rata mendoakan agar ibu kepada seorang anak itu dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci seperti yang diimpikan.

Foto: Instagram Ain Afini

IKLAN