Seorang Penoreh Getah Sebelum Jadi Usahawan, Aliff Syukri Kagum Kekuatan Bonda Rozita

Share

Baru-baru ini, usahawan Datuk Aliff Syukri ada berkongsi cerita perihal mengena ibu tercinta yang juga merupakan usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.

Usahawan berusia 34 tahun ini mendedahkan, cinta hatinya itu merupakan seorang ibu tunggal yang berkerja sebagai penoreh getah sebelum bergelar usahawan.

Aliff turut meluahkan rasa kagum dengan kekuatan dan ketabahan yang dimiliki oleh ibunya sehingga berjaya bergelar ahli perniagaan berjaya.

“Dia Wanita hebat @bondarozitaibrahim dia lah idola saya… kekuatannya ketabahan dia menjadi beliay seorg yang hebat daripada penoreh getah.. ibu tunggal dan menjadi seorang usahawan yang hebat..

“Saya yakin emak adalah idola Lagenda yang akan dikenang sampai bila-bila oleh sy dan masyrakat..,” tulisnya.

Selain idolakan Rozita, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman berharap agar anak perempuannya akan turut mengikuti jejak langkah Rozita untuk menjadi seorang wanita yang cekal.

“Saya harap anak perempuan saya juga mengikuti jejak langkah mak seorang yang rajin dan Cekal. Cuma jangan cuma garang macam mak lahh,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN