“Seorang Lagi Hulubalang Yang Akan Berjasa Pada Keluarga, Agama & Negara,” – Tasha Manshahar Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Tasha Manshahar yang dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga merupakan penyanyi serta bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Raqib, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki itu telah pun dipermudahkan.

“Alhamdulillah, Allahuakbar. Isteri tercinta saya @tashamanshahar selamat melahirkan putera kami yang kedua siang tadi.

“Terima kasih ALLAH mengurniakan seorang lagi hulubalang untuk dedi dan momi yang akan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Raqib turut memanjatkan doa semoga anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga dan masyarakat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Raqib dan Tasha.

“Alhamdulillah, tahniah Raqib dan isteri.

“Tahniah sheikh dan Tasha. Semoga menjadi anak soleh.

“Tahniah both of you.

“Tahniah, muammar dapat abang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 September 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram Raqib Majid

IKLAN