Pelakon antarabangsa, Kelly Preston dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad akibat penyakit kanser payudara.
Berita sedih dimaklumkan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, John Travolta menerusi laman media sosial Instagram.
Selain itu, John turut memberitahu isterinya menderita sejak beberapa tahun lalu.
“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.
“Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai.
“Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.
“Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua,” tulisnya.
Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria ada menitipkan ucapan khas bersempena dengan hari lahir anak tirinya yang ke-15 tahun, Marissa Dania.
Menurut Faizal, kadang kala sesuatu perkara itu lebih baik diungkapkan melalui penulisan kerana ianya boleh disimpan dan dihayati berkali-kali.
“Kadang-kadang sesuatu perkara tidak akan diluahkan melalui pertuturan, kerna kesan hanya seketika.
“Lebih suka memilih secara penulisan. Boleh diulang-ulang dan dihayati apa yang ingin disampaikan,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Abah dikalangan anak-anak, penyampian secara penulisan boleh mendatangkan kesan jika dibaca dalam keadaan jiwa yang tenang dan bersendirian.
“Penyampian secara penulisan, adakalanya mendatangkan kesan jika ia dibaca dlm keadaan jiwa kita yang tenang dan bersendirian.
“Membayangkan setiap bait perkataan yang kita baca. Mengalirnya air mata jika ia dihayati walaupun utusan itu ringkas.
“Maaf tak dapat join semalam sambut Birthday adik @marissadania_ Happy Birthday adik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Faizal turut menasihati anak gadisnya itu untuk sentiasa kuatkan hati menempuh cabaran mendatang lebih-lebih ketika bergelar remaja.
“Jadikan Islam dan Iman sebagai landasan perjalanan hidup adik di alam remaja, usah goyah dengan tipu daya dunia ini kerna syaitan akan terus menghasut untuk kita terus terpesong dari ajaran Islam.
“Usah adik takut, doa ibu bapa dan ibu yang melahirkan adik tidak pernah pudar, ia akan menjadi perisai untuk hidup adik selama-lamanya.
“Sayang adik dunia akhirat,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan ucapan penuh makna bapa kepada tiga orang anak itu.
Sumber: Instagram Faizal Zakaria
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak sampai sehari lagu terbaru Bunga Citra Lestari, 12 Tahun Terindah yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, klip video lagu tersebut telah pun meraih hampir 5 juta tontonan bersama ribuan komen dari peminat.
Klip video berkenaan yang merakamkan memori kehidupannya bersama suami, Allahyarham Ashraf Sinclair bersama anak mereka Noah Aidan Sinclair nyata membuatkan ramai yang rasa syahdu.
Terdahulu, bintang asal Malaysia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Malah sejak Jun lalu, BCL menerusi Instagram memuat naik beberapa keping foto kenangannya bersama Allahyarham dan anak tunggal mereka sebagai simbolik 12 tahun sehidup semati.
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui statusnya kini masih solo meski pernah dikaitkan dengan penyanyi Indonesia, Reza Zakarya yang dikhabarkan baru sahaja bertunang baru-baru ini.
Menurut Uyaina, dia tak bersedih mengenai perkara tersebut.
Sebaliknya, dia percaya penyanyi berkenaan berhak untuk menentukan kehidupannya sendiri.
“Mereka ada gosipkan saya dengan seorang penyanyi Indonesia. Tapi sekarang penyanyi itu pun dah bertunang.
“Jadi semua orang ingat macam ‘Uyaina lagi sedih ya, lagi galau ya’. Saya kata tidak, dia sudah sampai jodoh dan waktunya.
“In fact saya dah berterus terang dengan dia bagi tahu yang saya ada banyak lagi impian dan cita-cita yang belum tercapai sebagai wanita yang belum berkahwin.
“Saya nak fokuskan mengenai diri saya dahulu. Uyaina tak menghalang dia untuk proceed ke peringkat seterusnya.
“Takkan kita nak suruh orang tunggu. Begitulah kisahnya,” katanya kepada MH.
Uyaina berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengenalan peserta program Ratu Hijabista 2020 di The Great Eastern Mall, Kuala Lumpur , pada Rabu.
Tambahnya lagi, dia tidak menafikan kini dalam fasa mengenali hati budi seseorang, namun mendedahkan perancangannya untuk berkahwin masih lagi jauh.
“Tetapi sekarang ini saya sedang mengenali seseorang. Saya tidak menutup hati saya.
“Namun, perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat masih belum ada.
“Dari segi kehidupan peribadi, saya memang seorang yang low profile, dengan siapa saya berkenalan, saya tak pernah expose.
“Saya nak orang kenal saya base on my prestasi dulu. Bila kita ada prestasi yang baik, kalau orang nak tahu pasal kita tu, kita pun happy nak share,” jelasnya lagi.
Bintang ini bagaimanapun sudah memasang hajat untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah usia 30 tahun.
“Saya seorang yang serious bila dalam perhubungan. Saya bukan jenis yang in relationship with someone just untuk have fun.
“Saya faham bila umur dah cecah 28 and tak lama lagi 30, jadi perancangan untuk kahwin tu ada cuma bukan sekarang atau dalam masa terdekat.
“Jawapan saya tetap akan sama, saya akan berkahwin sebelum umur 30. Bagi saya ketika umur 20-an ini adalah masa untuk saya mengejar impian dan cita-cita,” akhirinya.
Sementara iti, Uyaina bakal bergandingan bersama pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim bagi mengacarakan program realiti terbaru, Ratu Hijabista 2020.
Raju Hijabista 2020 akan bersiaran pada 12 Ogos 2020, setiap Rabu bermula jam 9.00 malam hanya dia Astro Prima (125) dan Prima HD (105).
Pempengaruh Syifa Melvin meluahkan rasa terkilan apabila melihat ada di antara wanita terpaksa menjalani kehidupan yang sukar selepas tersalah memilih pasangan hidup.