“Seorang Ibu Melahirkan Anak Keempat Bertukar Pilu,” – Fedtri Yahya Kongsi Kisah Wanita Lumpuh Selepas 18 Hari Berpantang

Share


Pengacara Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang wanita yang lumpuh selepas melahirkan anak keempat.

Jelas Fedtri, wanita yang dikenali sebagai Meriam Zakaria itu disahkan mengidap penyakit Symptomatic Hypokalemia iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan sehingga menyebabkannya lumpuh dan hilang ingatan.

Walau bagaimanapun, menerusi update terbaru, wanita tersebut dilaporkan telah meninggal dunia sekitar Februari lalu.

“Aduhai ibu srikandi terhebat,

lahirkan zuriat bertarung hayat

“Begitu dalam cinta dizahir,

walau nyawa di garis akhir

“Zuriat cinta tiada tahu,

terbaring lesu seorang ibu

“Hilang daya hilang ingatan,

hanya nafas menyambung harapan

“Dalam hidup serba tiada,

suami di sisi damaikan raga

“Anak-anak hilang sentuhan,

damba pelukan syurga idaman

“Begitu kisah insan diuji,

buat yang lain hulurkan budi

“Setitis air mata tanpa jeritan,

jadi igauan menduga iman

“Catatan 2017

“Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh selepas 18 hari berpantang.

Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.”

Siapa yang ada maklumat terbaru keluarga ini, boleh berkongsi info untuk saling membantu di bulan mulia ini.

“UPDATE TERKINI – si isteri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Februari yang lalu. Al Fatihah,” kongsinya.

Menerusi ruang Insta Story, pengacara Jejak Rasul itu turut berkongsi nombor akaun keluarga terbabit andai ada pihak yang ingin tampil menghulurkan sumbangan.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

IKLAN